Tuesday, December 28, 2010
Dr Muhaya Mohamad: Life as I see it
Dr Muhaya Mohamad: Formula for maintaining Good Human Relationship
Thursday, December 23, 2010
hati yang dilukai
Dalam hidup aku yang lebih banyak kelabu warnanya dari berpelangi,seingat aku belum pernah kepentingan diri mendahului keputusan yang aku buat.Ia senantiasa demi kepentingan manusia lain lebih2 lagi manusia yang aku sayang juga manusia yg dekat dengan aku.Kalaulah boleh satu2 keputusan yang aku kena buat boleh aku dahulukan kepentingan peribadi aku, mungkin hati aku tak banyak luka2nya.
Bila luka diubati sendiri,ditampal sendiri dan terluka lagi di tempat yang sama,oleh spesies yang sama, dalam keadaan dan situasi yang sama..tak ke parutnya memang hodoh kalau boleh ditengok mata kasar...?
Aku tidak pernah mengumpamakan diri aku macam lilin...kononnya membakar diri menerangi kegelapan untuk memberi kemudahan kepada yang lain...aku melakukannya juga bukan kerana minta dibalas atau diingati.Sesungguhnya apa yang pernah aku buat adalah atas dasar tanggungjawab sebagai manusia dan redha atas segala usaha dan tenaga kerana Allah SWT.
Cuma terkadang aku tertanya2...sampai bilakah aku dilukai hati...?Tapi...itu soalan manusia negatif...sebagai manusia positif...aku kena tanya...apa lagi yang aku patut buat supaya hati aku tidak dilukai...?Tak cukupkah aku memahami...tak cukupkah...kasih sayang yang aku bagi...tak cukupkah perhatian yang aku sandarkan....seingat aku tiap yang aku buat...lebih2 lagi untuk manusia yang aku sayang...ianya datang dari hati yang terluka ini.Setelah hati itu kutampal kuubati sendiri....aku senantiasa gagahkan hati memberi sepenuh usaha dan kudrat yang aku ada supaya semua yang aku beri ini yang memang tak sehebat mana sekurang2nya mengisi hidup orang lain.
Ya Allah...hati aku letih menahan luka2 yang makin banyak...risau ubat yang aku ada dah tak mampu menampal luka2 yang berlapis2 itu.Hati aku juga makin sebak terabai oleh kasih sayang yang aku dambakan dari manusia yang aku sayang.
Andai hati ini Kau duga, Ya Allah..hingga ke satu tempoh yang mendekati hujung nyawaku...beri aku peluang merasai hati yang disayangi...hati yang diberi prioriti...hati yang diambil peduli.
Wednesday, September 22, 2010
Mak Tiri?????????
Ada sesaper yg sedang atau pernah memegang jawatan Mak Tiri tak?Mai kongsi cerita dengan aku kat sini.
Di zaman sekarang ni masih ada ke mak tiri versi Cinderella tu lagi?atau mak tiri zaman skarang yg didera oleh anak tiri mereka....hhhmmmm.....subjektif betui sebenonyer....tapi aku nak share my point of view about mak tiri....
Rasanya di zaman skarang ni anak2 sudah advance dalam banyak aspek...sebagaimana kita bersedia untuk bergelar mak tiri begitu juga mereka telah bersiap sedia untuk menerima mak tiri.ada response yg bagus tapi banyak juga response yg tak bagus. Ada anak2 tiri yg cover perangai sebenar mereka sebelum kita rasmi jadik mak tiri depa.....dah tgl serumah baru kluar true color...punyala menyakitkan hati....tapi....Tuhan menguji...takkan berhenti....bak kata lagu Siti Nurhaliza, Cahaya Cinta....
Dalam hal ni...pasangan kita memang kena mengaturcara keadaan dengan sebijak2nya apabila ada ketikanya situasi dimanupulasi dengan smart nya oleh anak tiri tersebut maka pergaduhan boleh berlaku antara dua hati yang bersatu kerana cinta dan kerana anak2 kononnya.
HHmmmm....all mak tiris out there......saper yg jahat yek....mak tiri ke anak tiri ke....
Thursday, August 12, 2010
life....bila sedih di permulaannya...percayalah...ada senyuman di akhirnya.....
awal tahun 2010..mcm2 perkara berlaku....sekarang dah august...alhamdulillah...rasanya hidup ini makin indah warnanya...dah hampir 4 bulan kembali bekerja...dan hampir 2 minggu kembali bergelar wife setelah 4 tahun single kembali...tq chenta hati ku kerana sudi menerima dan menyayangi aku seperti adanya.
melakarkan hari indah aku pada tarikh lahir aku yg lalu...bersyukur amat atas peluang dan rezqi yg allah swt bagi...dan sekarang aku sedang menikmatinya dan akan terus menikmati keindahan itu...cabaran dan dugaan takkan berhenti dan ia memang hadir dalam banyak bentuk dan keadaan...itu lah yang mewarnakan hari2 aku...