Tuesday, December 28, 2010

Dr Muhaya Mohamad: Life as I see it

Dr Muhaya Mohamad: Life as I see it: "Many times I've been asked questions like, what inspires me in all my endeavors. So my answers to these kind of questions are based on three..."

Dr Muhaya Mohamad: Formula for maintaining Good Human Relationship

Dr Muhaya Mohamad: Formula for maintaining Good Human Relationship: " Formula for maintaining good human relationship To me every human is a divine being. I treat everyone with utmost respect and be a good fin..."

Thursday, December 23, 2010

hati yang dilukai

Dalam hidup aku yang lebih banyak kelabu warnanya dari berpelangi,seingat aku belum pernah kepentingan diri mendahului keputusan yang aku buat.Ia senantiasa demi kepentingan manusia lain lebih2 lagi manusia yang aku sayang juga manusia yg dekat dengan aku.Kalaulah boleh satu2 keputusan yang aku kena buat boleh aku dahulukan kepentingan peribadi aku, mungkin hati aku tak banyak luka2nya.

Bila luka diubati sendiri,ditampal sendiri dan terluka lagi di tempat yang sama,oleh spesies yang sama, dalam keadaan dan situasi yang sama..tak ke parutnya memang hodoh kalau boleh ditengok mata kasar...?

Aku tidak pernah mengumpamakan diri aku macam lilin...kononnya membakar diri menerangi kegelapan untuk memberi kemudahan kepada yang lain...aku melakukannya juga bukan kerana minta dibalas atau diingati.Sesungguhnya apa yang pernah aku buat adalah atas dasar tanggungjawab sebagai manusia dan redha atas segala usaha dan tenaga kerana Allah SWT.

Cuma terkadang aku tertanya2...sampai bilakah aku dilukai hati...?Tapi...itu soalan manusia negatif...sebagai manusia positif...aku kena tanya...apa lagi yang aku patut buat supaya hati aku tidak dilukai...?Tak cukupkah aku memahami...tak cukupkah...kasih sayang yang aku bagi...tak cukupkah perhatian yang aku sandarkan....seingat aku tiap yang aku buat...lebih2 lagi untuk manusia yang aku sayang...ianya datang dari hati yang terluka ini.Setelah hati itu kutampal kuubati sendiri....aku senantiasa gagahkan hati memberi sepenuh usaha dan kudrat yang aku ada supaya semua yang aku beri ini yang memang tak sehebat mana sekurang2nya mengisi hidup orang lain.

Ya Allah...hati aku letih menahan luka2 yang makin banyak...risau ubat yang aku ada dah tak mampu menampal luka2 yang berlapis2 itu.Hati aku juga makin sebak terabai oleh kasih sayang yang aku dambakan dari manusia yang aku sayang.

Andai hati ini Kau duga, Ya Allah..hingga ke satu tempoh yang mendekati hujung nyawaku...beri aku peluang merasai hati yang disayangi...hati yang diberi prioriti...hati yang diambil peduli.