Friday, January 28, 2011

memoirs seorang bodoh sepat 1


Tatkala negara mengenang dan meraikan pahlawan2 negara yg gugur di perbatasan juga yg masih hidup di Dataran Pahlawan Tugu Negara pada 31 Julai 1975....seiringan itu juga lahirnya seorang bayi tak cukup bulan yg dikhabarkan hanya sebesar lengan ibunya di wad bersalin Hospital Besar Ipoh...sejurus keluar dari rahim ibu nya yg menahan kesakitan...bayi tersebut terus dimasukkan ke dlm inkubator dan diberikan alat bantuan pernafasan...begitulah kehendak Nya bila si bayi tak sabar2 nak mengetahui suasana dunia ini...

Tak cukup dengan itu didiagnos pula jaundice...haaa dok la dalam inkubator tu lagi...maka bersedihlah abah dan maknya lebih2 lagi opah Limahnya....bayi tak cukup sembilan bulan itu (lebih tepat lagi 7 bulan jer) diberi nama MASITAH BTE MD ARSAT.Lahir sebagai anak sulung kepada pasangan MD ARSAT BIN MUHAMMAT dan SITI SAWIYAH BTE ABU BAKAR setelah dengan sabar menanti selama 2 tahun.

Akulah bayi bertuah itu hehehehhehe....menurut mak...opah Limah telah meminta aku dikeluarkan dari hospital dan menjaga di kg Lubuk Katak (perghhhh nama kg tu tak tahannnnn) Tapah.Aku telah dijemur atas sehelai daun pisang di atas bumbung rumah...uiiisshhhh kalau lah jatuhhhhh...tergolek2 gitu...now i understand dr mana dtgnya darah satria aku tu...wakakakkakakaka...

ADIK BERADIK

Abah seorang tentera dan mak seorang surirumah ketika itu.menjalani rutin harian di Jln Ashby, Ipoh...aku membesar sebagai seorang anak tentera yg lasak....2 tahun lepas tu pd 28 Ogos 1977 aku dapat seorang adik perempuan...very sweet and comelllll....MASLINDA MD ARSAT....we called her ANYAH...mcm anak cina....idung kombang...(jgn marah nyahhhhh).....Satu hari tu kami pindah ke Puchong.Abah ditugaskan di RSAT Kem Kinrara, Puchong...perghhh duk KL....tapi belum duk Kuarters lagi...abah sewa rumah kat luar kem....lepas tu kami dapat adik lelaki plak..MOHD REDZUAN MD ARSAT.... perghhhh GOLAPPPPP (wakakakkaka jgn maghah Wan...) golap2 pon manissss org KL lak tu........sayang giler kat adik kami...dia lahir pada 6 Mei 1979...wooppsss adik aku semakin bertambah lagi bila kami sekeluarga berpindah masuk ke kuarters tentera Kem Kinrara...lahir pada 24 Julai 1981...nama dia MASSARAH MD ARSAT....tu diaaaa mukaaaa mcm mat salehhhhh...ghambut blonde....comeyy giler...idung jambu... uiiiyooooo!!!!!!Satu hari tu, kami tengok mak packing barang...rupanya nak pindah lagi...kali ni ke Tapah kerana abah dikehendaki bertugas di Tawau,Sabah..masa tu mak tengah mengandungkan adik aku MASDIYANTI MD ARSAT....aka EPET...sebab mata dia sepet...wakkakakakaka....mak kata mak selalu kejor anak cina curi rambai blakang rumah...memang sebijik mcm anak cina...Epet lahir tanggal 6 Ogos 1983 di Hospital Tapah.Lepas tu kami sekeluarga pindah lagi. Kali ini ke Melaka pula...abah bertugas di Kem Terendak.Tapi kami tinggal di Sg Udang.Abah menyewa rumah luar kerana belum ada kekosongan kuarters. Lepas abah dapat kuarters dalam kem,kitorang pindah lagi...berapa kali mau pindah daaa....masa kat Kem Terendak MASDIYATUL AKMA MD ARSAT dilahirkan di Hospital Kem Terendak pada 22 Febuari 1985.Umaaaaakkkaiiii....haaa yg ni golap gak...rambut kerinting gulung2...domok....mcm teddy bear...huhuhuhu comeyyyyy....pastu ingat kan dia ni la adik bongsu kami...rupanya ada sorang lagi.Anak pencen ni nama dia MOHD HAFIZ MD ARSAT...lahir pada 22 Jun 1991 di Hospital Ipoh.

To be continued....

No comments:

Post a Comment