Friday, May 16, 2014

Harus Terpisah - Salahkah Bercerai...Tanyalah Ustazah...

Lewat mendengar lagu Harus Terpisah oleh Chakra Khan yang melatari akhir Tanyalah Ustazah sebentar tadi....buat aku ingin kongsi sesuatu...dengan tajuk "Salahkah Bercerai..."dikupas persoalan satu persatu oleh Ustazah tersebut buat aku melekat depan tv hingga habis beliau menjawab.

Thru self experience...

Aku sendiri tak pernak terpikir...bercerai...tapi Allah swt tau apa jalan utk hamba Nya. Perasaan...Tuhan je lah yang tahu saat mula memfailkan nya....perkahwinan atas dasar cinta dan harapan kekal sampai ke syurga tinggal cita2 saja...biar Allah anugerahkan cahaya mata sebagai pengikat cinta nyata ia bukan satu alasan kokoh utk meneruskan....mengelak untuk membuka aib diri sendiri dan sesiapa....sebab aku tau diri aku juga punya banyak kelemahan...maka tanpa persefahaman sebuah rumahtangga terbina boleh roboh bila2.Juga atas prinsip aku tak suka menyusahkan sesiapa menanggung hidup aku...wajar masing2 membawa diri masing2 ke arah yang lebih baik.

Berbalik kepada kupasan Ustazah di dalam Tanyalah Ustazah sebentar tadi...aku bersyukur kerana banyak perkara yg dinasihati Ustazah telah aku praktikkan...Alhamdulillah...aku mampu berfikir dengan baik saat diri diuji ketika itu.Aku tidak mengganggu hidup bekas suami dan aku besarkan anak sendiri dengan kudrat yang aku ada.Aku dah cuba berbincang dengan baik terutamanya dari segi nafkah anak....tapi aku tak mendesak kerana gagalnya dia bertanggungjawab pada anak nya biarlah dia jawab di sana nanti.Aku tak pernah memutuskan silaturrahim antara bapa dan anak sayangnya kesempatan dan peluang tak digunakan dengan baik nampak nya...Aku harap anak aku kuat macam aku...mengharap kasih sayang manusia ni...tak ke mana anakku....meh kita harap kasih sayang Allah...Insyaallah...redha Allah lagi hebat.

Aku juga tak berminat nak buka aib siapa2 baik pada sekeliling yang nak tau atau pada anak aku sendiri...tapi hati aku yang tak kuat mana ni kadang2 terlepas juga sebal dan sedih saat menghadapi dugaan dulu.Kekuatan untuk aku hanyalah aku mampu berdoa...doa dan terus doa...aku yakin cepat atau lambat Allah akan kabulkan doa aku.Aku doakan supaya bekas suami hepi dan achieve dlm hidup dia as he was my son's biological father.

Alhamdulillah...saat aku sangka aku akan bersendiri tanpa suami sampai hujung nyawa...rupanya Allah swt beri aku anugerah dan peluang seorang suami dan seorang lelaki yang boleh anak aku panggil AYAH.
Farhan (R) with his dua pupu Ayep...very look alike kih kih kih...ni masa belum boolat 
Setelah 4 tahun bersendiri membesarkan anak dibantu oleh mak abah dan adik2 ku...tarikh 31 Julai 2010 menyaksikan aku dan suami yang kematian isterinya...diberi peluang melengkapi antara satu sama lain.Dugaan dan cabaran tetap ada...malah lebih hebat dari dulu...namun Alhamdulillah dan Insyaallah..selagi Allah izinkan kami berdua melengkapi...

Tak salah bercerai andai itu jalan terbaik setelah pelbagai usaha dibuat.Yang penting jauhi mengaibkan antara satu sama lain dan jangan putuskan silaturrahim antara anak dengan bapa/mak....dan saudara maranya...biarpun apa yg berlaku sebenarnya anak seolah2 dah jadi macam "bekas anak" apabila kebajikan dan perhatian yang wajar anak itu perolehi amat terabaikan.....maka...ajarlah anak berdoa dan kuat semangat juga bersangka baik...buruk baik itulah mak/ayah yang allah tentukan.Itu lah yang selalu aku bagitau anak aku.

Senario kini kadang2 menakutkan aku dan sadis amat bilamana penceraian berlaku...keaiban terbuka di laman sosial yg dari org tak tau boleh tau...saling bermakian...saling mengeluarkan eksibit2 yang macam2...fuhhh...tu belum dengan nafkah anak tak berbayo tapi can manage to married to another one dengan besar-besaran....adehhhhhh....ladiesss....being a single mom is not your end of life...it may be your start of life....a good start for life....and same goes to you gentlemen....be responsible enough with your kids and what you had left....bawa jalan masing2...saling mendoakan yg baik2 antara masing2...Insyaallah...

Setelah boolattt....L to R...Chacha,Farhan,Oli n Along Naim..
He loved them very much...


4 comments:

  1. Gud!!that's what every person yg divorced patut buat.tp kita manusia.kdg2 akan tersasar dr landasan.bgs yong!!im proud of u!!!-ur kazennn-hihihi...peace...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaaa...kazen ku yg mana satu gamaknya ni....mahap...baghu dpt buka blog ni balik....windu nak mematuk....hehhehe

      Delete
  2. Saya mendapat inspirasi dari membaca kisah you.saya juga bakal bercerai nnti.kadang2 rasa tak kuat..setiap malam saya menangis.saya ingat bercerai mati tapi rupanya bercerai hidup.terasa berat dugaan yg Allah beri ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan yg sy hormati, maaf bru berkesempatan membaca komen puan.alhamdulillah, semoga terinspirasi lagi. Dugaan menjadi kan kita lebih baik, insyaallah. Tqvm sudi membaca entri dan berkunjung ke blog ni.😊

      Delete