Wednesday, June 29, 2011

Surat untuk Kaseh

Salam anak ku...

Seandainya kau telah memahami dan hidup ini dimengerti olehmu....tak pernah ada sekelumit malah sehama rasa dalam jiwa raga mama untuk merampas ayah mu...Allah swt yg Maha mengetahui niat mama dan ayah bersatu berkahwin mengikat ikatan yang sah meneruskan hari2 kami berdua bersama kamu dan Farhan.

Seumur hidup mama,mama akui belum pernah mama berjumpa kanak2 seusia mu yg telah mempunyai ciri2 cemburu melampau dan iri hati yg boleh merosakkan diri mu sendiri satu hari nanti...disamping bongkak yg menyala2 berada dalam diri kamu.Mama mengkaji latar blakang kamu....dan meskipun telah entah berapa kali...cinta mama dan ayah yg disatukan kerana kasih sayang ini berantakan kerana kamu...mama masih di sisi kamu...masih belum jemu menasihati kamu...masih belum habis usaha mendidik kamu...masih yakin bahawa kamu masih boleh transform menjadi manusia yg lebih baik.Kerana itu lah suka atau tidak benci atau tidak...kamu masih akan melihat wajah mama ini.

Andai kamu menyedari...kamu lah yg dilebihkan dalam segala apa yg ada hingga mama terlupa pada Farhan...hingga mama terabai melayani Farhan...tapi mama masih belum menyesal meski mama dah tersedar...kamu dan Farhan adalah anak mama...meski kamu tidak keluar dari perut mama...itu tidak memmbuat mama membezakan kamu dan Farhan...jika kamu buat salah...mama akan marah dan tegur...andai kamu berbuat baik...mana mungkin dimarah orang,nak?Mama takkan kedekut menghamburkan pujian dan kata2 semangat buat kamu..

Mama akui bukan mudah mama menangkis pandangan sinis dan kata2 hinaan org terhadap mama setelah mama menikahi ayah....tapi atas niat yg ikhlas dan atas dasar tanggungjawab....mama terhadap ayah dan kamu, mama sentiasa anggap ayah dan kamu adalah rezqi utk mama n farhan...seandainya kamu memahami dan menghayati semua ini,nak...mama percaya kita sekeluarga akan lebih menyayangi dan menghargai akan kewujudan masing2.

mama sentiasa optimis kamu boleh berubah menjadi insan yang lebih baik dan cemerlang pd masa akn dtg...tapi itu semua tetap akan bergantung pada diri kamu sendiri...kalau kamu mahu berubah menjadi lebih baik maka kamu akan jadi baik....begitulah sebaliknya....

Ayah kamu adalah suami mama....dan kamu adalah anak ayah...tak ada yg akan mengubah itu.

Thursday, June 23, 2011

Where's my ....happily ever after...anyway....???

Thru experience...my personal experience ler...bercinta lebih indah dari selepas ada ikatan perkahwinan yg sah dan halal.Why im telling u this....hhhmmm...masa bercinta...kelaku lebih terjaga...sopan...dan segala2 nya memang yg baik2 je ditunjuk....i believes ghamai yg pernah ada experience cenggini mungkin dgn org yg berbeza2 dan mungkin juga tak lalui lansung pengalaman ni dan berbahagia...hingga kini dan selamanya dengan si dia.Aku tak buka pekung di dada...jauh sekali menyelak kain sendiri....hehhehhe...im just being open as i can and its just a point of view yg aku lalui sendiri.Kalu tak percaya...cer kome terkenang sat saat2 percintaan kome yg pernah kome lalui doduli kini dan akan datang....haaa...cer kenang...cer..kenang....

Sewajibnya...apa saja perlakuan terutama yg baik2 la...semasa bercinta sebelum bernikah diteruskan sehingga selepas nikah dan sehingga selama kita bersama menempuh perkahwinan kita.Bergaduh ringan...berselisih pendapat sesekali atau selalu tu common ler kan...since we were two different people...kompem la ada different way of thinking and perception.But as long as both of us or one of us...boleh coupe to each other..then i believes sebuah perkahwinan itu akan menjadi momen indah dlm hidup kita.Sama ada sang suami atau sang isteri yg perlu mengalah ia penting diamati kerana pihak yg mengalah tak semestinya dia kalah dan pihak lagi satu jgn la amek kesempatan atas sikap mengalah org...NAHAS jadinya kalau asyik dok mengalah diamek kesempatan plak...ado yg kono pelangkong tak pon side kick paling hebat abad ini kang!!!!!perghhhh Ganas....ganas nya cintamu....kata lagu KRU....ekekkekekeke.

Sebuah perkahwinan ada matlamat dan tujuannya...pernikahan juga menghalalkan segalanya yang tidak halal dilakukan antara seorang lelaki dan wanita.Makanya segala yg baik2 perlakuan semasa bercinta tu panjangkan lah selepas nikah ataupun upgrade kasi lebih class lagi demi meniti hari2 yg bahagia dlm perkahwinan....kompem banyak yg boleh dikenang dan disenyum kan bersama sewaktu melalui hari2 tua kita bersama.Mungkin ada yg kata aku ni banyak sgt mikio ke depan benda yg poyo2...tapi so what?????bg aku kalau dipanjangkan umo ni...aku hanya mahu hari tua yg tak merempat...disayangi ramai..lebih2 lagi anak yg soleh dan suami yg mencintai....tapiiiiii andaikata Allah swt memberi sebaliknya...apa lah daya aku menghalangnya kerana Dia yg Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk hambaNya....apa yg aku harapkan hanyalah hati yg kuat walaupun ketika tu badan dan teketor2 hehhehehehhe....

Dari aku kecik saaaaaaaaaaaaaaampai la skarang...aku percaya wujudnya ungkapan...happily ever after... walaupun aku belum rasa lagi ungkapan tu....Insyaallah...aku optimis...Allah swt akan bg aku pluang rasa ungkapan tu satu hari nanti sebab aku tau diri aku sapa dan aku paham walaupun idup aku ni memang kalau nak satu2 tu Allah swt bg aku laluan yg meranjau...sebab Dia tau aku kuat dan Dia suruh aku lalu sebab aku mampu....semoga aku terus positip...optimis....sobar....yg penting...muka legend...ati kuat...kalu kiut...sememeh jadik nyer....ekekkekekeke...

Tuesday, June 21, 2011

PERKAHWINAN...PERSEPSI....HERO...KITA BAKO...KITA BAKO...

Erti sebuah perkahwinan kepada seseorang adalah subjektif dan berbeza2. Berbeza kehendak, keperluan, pengertian,perlaksanaan mahupun pengisiannya.Paling ketara berbeza benar pengertian dan pengisiannya pada seorang lelaki dan pada seorang wanita.

Sewaktu kunjungan ziarah aku ke Batu Pahat di sebelah keluarga arwah isteri suamiku,aku dipesan (tak pasti disindir atau diberi amaran) supaya jgn usik barang2 arwah isteri suami ku.Mulanya tersentak sebab kedatangan aku ke sana adalah kerana menghormati ajakan suami yg meminta menemani.Tapi selepas itu...setelah dalam masa yg singkat aku mampu bertenang...aku bersyukur dengan keputusan yg telah aku ambil sebelum ini. Aku bersyukur kerana aku tak usik barang sapa2 dan paling lega aku telah sempat bercerita pada biras suamiku siapa aku.aku tak minta org kenal aku.aku tak minta org paham aku...memadai aku dah bagitau sapa aku.judgement orang terhadap aku,aku tak peduli sebab aku tak ada kuasa menidakkan malah menyekat segala macam andaian,sangkaan dan jangkauan org pd aku.

Aku dikatakan telah menikahi suami aku sebelum arwah isterinya meninggal...huhhh...beso betui fitnah tu...Tuhan je la ngampun dosa kome...desakan dan sangkaan buruk keluarga sebelah arwah telah memberantakan hari2 aku kembali bergelar isteri semula disamping true color Mawaddah yg sebenarnya telah mengkelabu kan pelangi hidup aku.Aku mengambil keputusan mencari penempatan sendiri dan aku telah dikata nusyuz oleh beberapa org dan dikata mereka aku ini tidak taat kerana keluar rumah...apa pun org kata,aku bersyukur aku telah lakukan satu tindakan yg terbaik...aku lega dan yakin memberitahu keluarga arwah betapa aku tak usik brg org hingga kan aku tidak tinggal di rumah mereka.Waima, perbelanjaan aku sendiri aku cari sendiri...mana yg diberi suami,aku mensyukuri.

Aku kembali bersetuju berumahtangga kerana ingin berkeluarga.Tak perlu org lain memahami tujuan aku kerana aku yg akan lalui keadaan itu.mungkin aku kelihatan tidak berilmu agama setinggi sekolah kome tapi asas hidup sebagai seorang muslim yg diajar mak bapak aku juga melalui semua yg pernah aku lalui guide hidup aku selama ini.Demi memenuhi keinginan Farhan, aku teruskan hari2 aku dan yakin Allah swt tau kenapa diberinya aku dugaan yg entah kebarapa kali ini.

Fitrah manusia berpasang2an tidak bererti kita tak mampu hidup berseorangan dan mendepani fitrah sebagai manusia,dan personally,aku wanita hanya lah mahu seorang lelaki yg menjd hero kepada aku dan sentiasa menyedari aku ini wujud dalam hidupnya.Sementelah hidup berpasangan menuntut kita mengasihi dan menyayangi serta mencintai antara satu sama lain disamping menghalalkan sentuhan dan persetubuhan lelaki dan wanita.Andai mahu hidup sendiri2 apa perlunya sebuah perkahwinan?Memang tidak ada satu perkara pun dalam donia ini yg sempurna hanyalah persefahaman dan kasih sayang memungkinkan manusia bahagia and enjoying life as much as we wish.

Mencemburui kawan2 yg bahagia menjalani hari2 sebagai isteri...menukar persepsi aku kepada bersama merasa bahagia atas kebahagiaan mereka dan itu buat aku tenang...semoga mereka menghargai semua yg mereka lalui dan banyak momen manis yg boleh membuatkan mereka tersenyum di hari depan mereka nanti...
Aku juga tak jemu berdoa dan berharap agar aku juga punyai rezqi indah seperti mereka...dan setakat ini hero dalam hidup aku masih ABAH aku kerana belum ada lelaki yg mampu mengambil alih tempat ABAH sebagai hero aku.

Friday, June 17, 2011

LAKSA PERAK CAMPOQ PENANG CAMPOQ UTARA PUNYER LER


Laksa...one of my fav's...and my sibling's fav's as well....pg ptg siang mlm buleh layan makan laksa nih...even adik ipaq aku Shidi...duk makan laksa tengah2 malam...

Buat laksa ni tak susah...yg penting ikan mesti fresh...belacan mesti power...hehehhe

Bahan2 

Laksa kering/basah
ikan kembung campoq ikan curut (sadin)
bawang beso
cili kerin
cili api
daun kesum
bunga kantan
asam keping
garam
gula
belacan

Cara membuat

laksa kering kalu...kasi rebus
ikan bersih da rebus kan dengan asam keping
lepas sejukkan kopek isi (hati2 kopek isi jgn spi termasuk tulang yg kecik2 tu kang makan tecokek)
asingkan tulang dlm bekas lain
blender bawang cili kering cili api dan belacan
masuk dalam periuk
blender isi ikan
blender tulang dan tapis
bubuh daun kesum dan bunga kantan dalam periuk
bubuh garam gula
bubuh asam keping secukup rasa
masak sampai menggelegak

bila dah masak...boleh la makan dan hidangkan...letk atas laksa tu hirisan timun,bawang beso dan salad
kalu nak pedas buh la cili api lagi..boleh gak perah asam limau kalu suka dan ada juga yg bubuh telo rebus
aku tak suka makan dengan telo rebus jd aku tak buh la...hehhe

laksa ni makanan berkhasiat dan sesuai nak diet...cukup ada sayo,protein dlm ikan..haa...tak ada lemak..tapi kalu udah makan bemangkuk2 diet kemendernyer.....

layannnnn......

THE ONE AND ONLY....MY HERO....ABAH...



Hari ahad ni 19 Jun 2011....sambutan hari bapa di merata dunia.Hari khas untuk kita menghargai dan mengingati kaum bapa...tapi sebenonyer...tak kira hari apa pun kita mesti....wajib...menghargai manusia bergelar bapa, ayah, daddy, walid, babah,ayahanda dan bagai2 lagi.

Abah aku...Md Arsat bin Muhammat...kekal sebagai hero dalam hidup aku sampai bila2.takkan ada sapa yg mampu menggantikan tempat beliau.takkan ada sapa yg mampu berperanan sebagaimana beliau dalam hidup aku yg 36 tahun ni (tuo dah aku ni ghupernyer)...

Aku akui tak pandai menyuarakan rasa hati dan perasaan...andai ada peluang aku teringin nak abah tau betapa sayang dan cinta aku pada abah melebihi segalanya yg aku mampu dan aku ada...aku akui juga begitu banyak salah dan silap juga kekasaran bahasa sama ada yg sengaja atau tak sengaja sepanjang aku hidup di dunia ni.Itu semua berlaku lantaran aku kini kononnya makin mempunyai kehidupan sendiri dan berhak menentukan hidupku sendiri.Berkasar dan mengasari mu... abah, membuahkan sesalan yang tak berkesudahan dan makan taun baghu buleh hilang.

Sepanjang aku menyusuri jalan yg penuh belukar hitam...abah lah yang menerangi jalan itu dengan kasih sayang dan buah fikiran nya demi memudahkan aku.Bukan hanya kepada aku dia menerangi jalan itu malah untuk tiap anak2 yg memerlukannya.Kerana itu, kepimpinan mu sebagai ketua keluarga dan sebagai abah kepada aku takkan boleh sesaper pun mempersoalkannya...takkan ada sesaper yg berhak mempertikaikannya.

Sempena hari bapa tahun ini,ayong minta maaf,abah...kerana tk berkesempatan meluangkan masa kerana kekangan dan halangan yg melintangi masa.Kat mana pun ayong berada,dalam situasi apa sekalipun ayong lalui,ayong sayang abah sangat2 dan tak pernah sebeso hama pun jasa2 abah membesarkan ayong akan ayong lupakan...ia sentiasa ada dalam hati dan hidup ayong sampai bila2.

Semoga abah kuat semangat untuk meneruskan hari2 abah dan gembirakan hati abah demi kesihatan abah.Ayong sayang abah...abah lah HERO ayong sampai ayong mati.






khadijah ibrahim - ayah

Thursday, June 16, 2011

CHOCOLATE CAKE KUKUS


Entah kenapa lately ni aku banyak lak keinginan pada FOOD...ahaaa....ni memang simptom2 untuk membesokan badan aku nih....anyway....COOKING makes me happy and enjoying the moment very much.
Well,today i keen to eat chocolate cake..heheh but i didnt know how to bake a cake n furthermore i got no oven to bake...but...while reading a recipe booklet kat TESCO...tetiba ternampak resepi KEK COKLAT KUKUS...ahaaa....what a coincidence n accident!!!!

So...tanpa berlengah aku pun meminta Centa Hati ku men sponsor beli the ingredients...hehhehe...and he willing to buy for me..tq bebeh...i list down the ingredients k...

BAHAN2...

Bahan A

1 cawan serbuk coklat
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak/mentega/marjerin
1 cawan gula

Bahan B

3 biji telur

Bahan C

11/4 cawan tepun gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan topping

1 bar cooking chocolate
fresh milk
1 sudu beso marjerin
gula secukup rasa

cara membuat:

Masak bahan A.kacau rata sehingga gula larut.ketepikan dan sejukkan.
Pukul bahan B hingga kembang.masukkan dalam bahan A dan kaup balikkan.
Ayak semua bahan C dan campurkan sedikit demi sedikit ke dalam bahan A.
Panaskan periuk kukus dan masukkan adunan ke dalam loyang dan apa lagi kukus ler...
Jangan lupa lapikkan dengan kertas kek.

untuk topping masak semua bahan2 didalam periuk dan double boiling sampai cair.
setelah kek masak bolehlah dicurahkan topping tadi ke atas kek.
aan dengan rakusnya melantak...

ceiiisszz Jan kata macam taik lembu yer....kalu dia rasa aku kompem lenjilat ibu jari kaki baby J ler jawabnyer...ekekkekekke





Ungunya Cinta MTV.mp4


Aku tengah mengemas tadi.Sambil menepuk sofa yang agak berhabuk....sambil itu juga ku tekan remote ASTRO...hhhmmmm here Indon ther Indon.....what the heyyyy bak kata Usop Wilcha...tapi bila nak tukar to other channel,suddenly aku ternampak Leez AF...uiikksss i thought sinetron Indon tadi...dan kesudahannya aku terus melekat kat sofa melayan kesudahan cerita ini.Ungunya Cinta...perghh tajuk romantis...pelakon...not bad...shoot cantik....tapi ada lagi 45 min nak habis dah...ceiszzzz layan je la.

Aku bukan nak story pasal this telemovie tapi yg best nya bila tengok citer ni sama plak dengan momen2 yg pernah aku lalui masa muda2 dulu.hehhehehe...scene naik motor skuter berdua tu....macam sama jer....wakakakkaka....mula lak nak ter flashback kisah muda2 dulu....sesungguhnya hanya aku yg merasai manis dan pahitnya....andai bercerita atau berkongsi dengan org lain...ia takkan memberi makna apa2...yg pasti hanya dengan org yg sama2 menaiki skuter aku tu...hehhehehhee....

Drama adalah kehidupan kita...begitu juga kehidupan kita adalah drama.Skrip nya adalah perkataan2 yg terkeluar dari mulut kita...pelakonnya dah tentulah kita dan di back up dek manosia sekeliling kita...ditambah prop yg mungkin kita cipta atau tercipta untuk kita...ending of the story...terserahlah pada kita...terkadang memang tak seindah yg kita mau...terkadang indah nya tak tercapai akal kita...

Warna apakah cinta aku gamaknya....pernah hitam menghiasi....terkadang putih je warnanya...kadang warna warni gitu....hehehhee

Wednesday, June 15, 2011

BILO TEKONANG...


Tiba2 terkenang jaman asko....haa nak start jiwang la nih....ish...ish...makin tuo ni makin sensitip..bkn sensitip mengongoi..tapi sensitip pada sekeliling,kehidupan,perasaan...boleh kata sensitip pada apa saja lah...yg berkaitan maupun yg tak berkaitan...apa pun ke sensitipan tersebut still under control...hehehhe...

10 taun dalam perkhidmatan banyak mengajar aku tentang maaaacam2 perkara dan seribu macam karenah manusia..ternyata pengalaman itu berkesinambungan boleh digunapakai dalam kehidupan selepas menamatkan perkhidmatan.Aku percaya rakan2 yg masih berkhidmat dan akan berkhidmat sampai had umur masing2 pastinya punya lebih lagi pengalaman masing2 untuk meneruskan kehidupan tatkala menjadi orang awam nanti.

meminjam kata2 skot aku ...once a soldier alwiz a soldier memang ada benarnya...seragam yg aku cintai itu mungkin dah tak terbalut di tubuh aku seperti dulu tapi semangat dan jiwa as a soldier membaluti ruang hidup aku hingga bila2.Kerana ini lah kerjaya yg amat aku cintai dan amat aku idam2 kan sementelah ia adalah cita2 aku sedari kecil.Meskipun rezqi dan takdir mengatakan 10 tahun sudah memadai buat aku merasai pengalaman jd asko...aku percaya pada Nya dan sesungguhnya Dia yg lebih tau apa yg terbaik untuk aku.Aku tak pernah menyesal masuk asko dan berenti sebelum berpencen.Hikmahnya hanya Dia yg simpan.Mungkin belum masanya aku mengetahui hikmah yg tersembunyi.

Sesekali merindui kehidupan asko membuatkan aku seronok berhubung kembali dengan rakan2 dlm perkhidmatan lebih2 lagi skot2 yg sama2 training cadet di RMC dulu.Melihat kejayaan dan kecemerlangan mereka dari jauh ada yg masih ramah dan sengal macam dulu hehehhe...ada pulak yg makin matang ada juga yang riak tak bertempat...seiring mungkin...dengan kehidupan dan kehendak perkhidmatan...tapi...memetik kata2 Ketua Jurulatih PULMAT satu ketika dulu...Mej Aziz (sekarang Lt Kol)...usai melanyak kami di padang kawad PULMAT...pangkat atas bahu ini adalah tanggung jawab bukan hiasan untuk menunjuk2.Mati esok semua sama pakai kain putih...tak bawo paku2 banyak2 nih (kebetulan dia org Nogori)...sememangnya kata2 itu tak pernah aku lupo sampai bilo2 Tuan!!!

Memang banyak cara nak berkhidmat kepada negara...tapi bagi aku kalau rasa berani sangat daripada merempit bagai baik la kome pergi masuk asko...ha baghu tau langit tinggi rendah...hehhehe...

Personally,im proud of what i had goin thru in this life....bukan utk riak atau merak kepada sesapa..tapi ia lebih kepada kepuasan peribadi:lebih kepada kejayaan peribadi yang memang tak sesapa akan memahami.
Well...Capt (R) Masitah Md Arsat...just move on n njoy life as alwiz...cchiiiowwww....

KOTEOW BANDUNG CACAMARBA N SIRAP SOJUK BERAISSSSS

Cuaco sememangnyo banyak bona mempengaruhi dayo selero aku pado makanan....cuaco kek luo baghu lopaih ujan...mako nyo bodendang la poghut aku ni ha dongan lagu Hazama Cinta Teragung...memulo ehhh syahdu yo lelamo makin kuek la gondang ehh bodendang...mako paham bona la aku akan kohondak poghut aku nih...

Bukak poti aih...ado koteow...udang sotong ado sikit laie....ha.....mako nyo....

Aku namo kan KOTEOW CACAMARBA sobab ehh aku campak yo sumo kek dalam kuali...hehhehehhe.

BAHAN2 :

koteow
cili giling (cili kering, bwg beso, bwg putih)
udang
sotong
isi ayam/ayam cincang
telur
sos perisa (sos tiram,sos cili,sos tomato)
air/sup
minyak
togey
sawi
daun sop

CARA MEMASAK

Panas kan minyak dalam kuali
masukkan cili giling sampai naik minyak
masukkan sos perisa dan air/sup secukupnya
masukkan udang,sotong,isi ayam/ayam cincang
pecahkan telur
bubuh sawi togey daun sup
dah siap kalu buh la dalam mangkuk dan tabur bawang goreng...
haaaa siap untuk dibolasah...

hidangkan dengan sirap berais...haaa...bopoluh

Tuesday, June 14, 2011

KUEH RIPAP

Petang yg mendung....sambil bengkek ngajo kakak buat Maths...perghhhh....sakit qalbu...nak tercabut anak tekak menggigil parkinson aku dibuatnya...tetiba tekak ni tringin nak makan kueh ripap...mak aku panggey kueh ripap...kueh karipap la tu....makan taun gak ler aku tak buat kueh ripap ni....dedulu...masa skolah2 dulu mak juai kueh...haa...aku la tukang buat inti kueh ripap ni...bab2 kelim tepi dia tu yg paling lemah tu...aduhh...memang sampai skang tak lawo kelim nya...haaa...anyah kelim kueh ripap memang cantek....lawo giler....(tak gitu nyah.... hehehhe).

Haaa meh kita list down bahan2 pastri dia...

Pastri


tepong gandum
marjerin
air

Inti kueh ripap


kentang (dipotong dadu.tapi kalu nak potong triangle ker...sfera ke...buleh jer...)
bawang kecik,bawang putih,halia,udang kering (kasi tumbuk sumer skali)
serbuk kari daging (bancuh dengan air)
daging ayam cincang
bawang goreng
minyak

Cara membuat :

PASTRI

gaulkan tepong gandum dengan marjerin dan air secukup adunan dan jadi doh

INTI

panaskan minyak
tumiskan bahan2 yg ditumbuk
masukkan serbuk kari yg dah dibancuh
masukkan ayam cincang
masukkan air
masak sampai empuk
bubuh garam,gula secukup rasa
bila dah empuk last skali buh la bwg goreng.

Lepas tu komer doh kan kecik2....kasi leper dgn penggelek...tak kisah la nak buat bentuk apa pun...
lepas tu komer kelim tepi dia lawo2...usah ikut kekeliman aku yg jelita tu....hehehhehe
lepas tu komer goreng le...deep fry yer...sampai kekuningan...usah kehitaman....

walaupun rupa mu terkembong2 tapi raaasa muuuuu...menjadi pojaan hatikuuuu

kueh ripap hasil tangan paan

Monday, June 13, 2011

MAHARANI MUAR ohhhh LONTONG PARIT RAJA


Aku berpeluang singgah ke bandar Muar dalam perjalanan menuju Parit Raja,Batu Pahat baru2 ini. Johor ni selalu aku lalu lalang masa keroje asko dan Jusco dulu tapi tak ader chance nak exploring sambil menyinggah sana sini.

Aku pernah singgah makan mee bandung kat gerai pakcik Mej Liza masa attend kusus SD dulu....lain dari tu aku tak pasti apa ada kat Muar ni.So,my purpose singgah Muar adalah...nak makan mee bandung lagi.hehehe. Since Chenta Hati ku orang Johor...Tangkak,Johor....and we went to Batu Pahat to fetch kakak.She's spending her school break at Parit Raja.Her Arwah Mami's hometown.And its an opportunity for me when Chenta Hati asked me to follow him there.Me,Ayah n Aan pun started our journey to Batu Pahat.

Sampai kat Muar, we cruising Sungai Muar...wahhhh wahhhh....suka si Aan...







tengah kontrol kempiskan perut


boipren kenit aku ni memang mewarisi ke enseman aku nih


Aan suka bot polis tu cloreng biru

Masjid Sultan Ibrahim...ada kat kanan kiri tebing sungai tu

Lepas tu kita teruskan perjalanan ke Batu Pahat n overnite at Rest House batu Pahat.Murah dan selesa and memang koma sampai pagi. But before that,Ayah bwk kitorang makan kat gerai mee bandung.umakkkaiiii sodap gilo mee bandung ehhhh...soto dia pun perghhhh...wa sakap lu....aduss tringat2 aku kuah dia tu.

Esok pagi,Ayah bwk kitorang brekpes kat Parit Raja.Nama gerai tu Lontong Warisan Hj Salim.Sodapppppp nyo lontong nihhhhhhhhhhh....kalu ado kek Kajang mau gomok den makan tiap2 pagi.


kitorang pastu teruskan ke Kg sg Rambut...gitu ler gamaknya nama nya...bosa2 ghumah org kat sini...
banyak klapo sawit...mako ehhh banyak la gamaknya duit dema..hehehe...rezqi ye dak...

hhhmmmm....and thats all for this scool break...tak ada yg menarik beno tapi the lontong was awesomeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee....wil comin back...just to eat the lontong one fine day bebeh...




Hazama Cinta Teragung MP3


.....kutakkan bisa menjd lebih dr apa yg terdaya namun ku tetap berjanji akn masih mencoba untuk memujuk hatimu mencintai aku kerna semua yg ada hanyalah untuk mu....
maafkan aku sekiranya tak termampu untuk mencurahkan semua isi hatiku....

huhuhuhu...hazama ku....ekekkekekke....
lagu ni memang sedap ni...Juara Lagu taun depan lah ko Hazama....

melihat klip video...lagu ni subjektip utk yg mendengar...bg aku...lagu ni utk mak abah...kalu mampu aku beri lagu ni dan difahami mereka....tapi memang anganan aku je lah...mana lah mak abah dengo lagu Hazama ni...hehhehe...

juga utk adik2 yg tak putus kasih sayang aku sampai bila buat mereka....
komer la cinta teragung aku...
ahakssss jiwanggggg ceiiisszzzzzzzzzzzzz...

Sunday, June 12, 2011

HAZAMAAAAAAAAAAAAAAAA KAW TIMMMMMMMMMMMMM




Dan akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaa HAAAAAZAMAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!
Menepati ramalan...at last...u deserve it brother!!!Lagu baru best,,,,meremangggg....luv u lah...
Tika dan saat ini...Ain Irdina....jgn maghahhhh...memang Hazama layak pun...ekekkekke...
will be download klip video dia nanti...buat kenangan...hehhehe....
Anyway...ini lagi satu impian manusia yg terlaksana andai ad ausaha dan kesungguhan...dan percaya pada diri dan keupayaan...All the best brader...ko la manosia yg aku undi setelah Mawi...wakkakakakaka...

Thursday, June 9, 2011

CHAKEOW OLI

Perghhh petang nan indah lagi bersepoi2 angin yg kluar masuk dlm rumah ni telah membuatkan aku lapo.Whats for tea time huh?Koteow dok ada lagik sikit...haa...meh kita goreng koteow petang ni.Kita nama kan koteow ni CHAKEOW OLI...ni sempena nama anak sedara aku yg paling jelita hehhehe OLI d DIVA.

Bahan2 :

koteow
udang basah
cili giling
kicap manis}dimasak
sos tiram    }
togey
kucai
minyak masak
telor

Cara memasak:
panaskan minyak secukupnya dalam kuali.
masukkan udang dan goreng sampai masak.
masukkan cili giling
masukkan koteow
masukkan kicap yg dah dimasak tadi.
masukkan togey dan kucai
last sekali...pecahkan telor sebijik
haaa...kasi  sebati masak..dan angkatttttt....
siap untuk dimakan


Wednesday, June 8, 2011

MOH COTI-COTI










Minggu ni banyak perasaan dan situasi yg aku lalui...hasilnya...hati makin kuat dan makin cekal...tak macam selalu...sememehhhhhh jer...hehhehe...lewat minggu ini juga macam-macam perkara dah terbuat dan terlaksana. Meskipun tak sempurna tapi terisi kegembiraan.Meskipun ada momen yg teruji tapi ada juga momen yg terpuji.

Cuti sekolah kali ini anak2 berpeluang ke Melaka setelah dibawa ber'camping'di Port Dickson.Ada banyak perkara lucu ada bagai2 perkara menyakitkan hati dan itu lah yg membuatkan minggu ini diwarnai. Paling seronok rasanya tatkala berpeluang menyusuri Sungai Melaka....river cruising gitu...






Usai ber 'river cruising ' anak2 dibawa menonton Kungfu Panda 2 di Dataran Pahlawan.Bagus cerita ni...banyak kata2 yg  boleh motivate kita yg dewasa ni.




Pagi esoknya kami sambung berjalan lagi di Bandar Melaka sebab masih ada Muzium yg belum dilawati dan tempat2 menarik yg lain.HHaaa......ni ada satu cerita sengal lagi menyakitkan hati bila si kenit Aan nak berbeca.Aku dengan penuh simpati menyewa beca pakcik sorang ni.dia kata 20 rgt satu beca.so amek dua beca.kayuh punya kayuh he stopped us kat every single places of interest and asked us to sight seeing the places.kitorang pun ok je la since we had not been  to Istana melaka...the Museums...A'Famosa Bukit St Paul....but i notice n wonder how cheap the rate while he allowed us to visit all the place....hahhahaha klimaks nya kat Stadhuys Building bila i asked him to stop us there.he asked us to pay him RM120!!!!Uikksss what the hellllll!!!!Mengenangkan dia TUAAA...dan aku malas nak bertekak...aku bayo.Mula2 aku kata aku tak halal kan Pakcik tu sebab memang dia ada unsur2 memutarbelit....tapi lepas aku cool down aku kata takper...tapi harap aku la yg terakhir di tipu nya.i aan yg tau aku bengkek ngan BECA tiap kali nampak beca dia kata kat aku...Ma..beca Ma....ishhhh nak kena luku mamat nih!!ekekkekekke.


haa.....jgn tak tau ada papan kenyataan pasal beca...tapi dah kusam dan pudar...



Kebengangan terhadap kebangangan pakcik beca itu even spoil mood aku sikit tapi demi ank2 aku happy gak la...dan kitorang terus jalan2 lagi...



bila nak meletop nih....wakakakkaka




ekekkekeke...tengok rambut dia sama mcm rambut kakak...ekekkeke




On our way back to Kajang...we drop by at Pengkalan Balak...tak tahan tgk ayo laut manggey2 ...mai laaa...mai laaa....mandi....ayo pasang angin lak kuat...perghhh memang best.....aper  lagi....kedebushhhh le dema...jadi dugong....




Ahaaa...semoga satu hari nanti dan ketika yg mengizinkan....juga dimurahkan rezqi kami utk spending time together in order to built up our love n family ties.Aminnn....