Friday, June 17, 2011

THE ONE AND ONLY....MY HERO....ABAH...



Hari ahad ni 19 Jun 2011....sambutan hari bapa di merata dunia.Hari khas untuk kita menghargai dan mengingati kaum bapa...tapi sebenonyer...tak kira hari apa pun kita mesti....wajib...menghargai manusia bergelar bapa, ayah, daddy, walid, babah,ayahanda dan bagai2 lagi.

Abah aku...Md Arsat bin Muhammat...kekal sebagai hero dalam hidup aku sampai bila2.takkan ada sapa yg mampu menggantikan tempat beliau.takkan ada sapa yg mampu berperanan sebagaimana beliau dalam hidup aku yg 36 tahun ni (tuo dah aku ni ghupernyer)...

Aku akui tak pandai menyuarakan rasa hati dan perasaan...andai ada peluang aku teringin nak abah tau betapa sayang dan cinta aku pada abah melebihi segalanya yg aku mampu dan aku ada...aku akui juga begitu banyak salah dan silap juga kekasaran bahasa sama ada yg sengaja atau tak sengaja sepanjang aku hidup di dunia ni.Itu semua berlaku lantaran aku kini kononnya makin mempunyai kehidupan sendiri dan berhak menentukan hidupku sendiri.Berkasar dan mengasari mu... abah, membuahkan sesalan yang tak berkesudahan dan makan taun baghu buleh hilang.

Sepanjang aku menyusuri jalan yg penuh belukar hitam...abah lah yang menerangi jalan itu dengan kasih sayang dan buah fikiran nya demi memudahkan aku.Bukan hanya kepada aku dia menerangi jalan itu malah untuk tiap anak2 yg memerlukannya.Kerana itu, kepimpinan mu sebagai ketua keluarga dan sebagai abah kepada aku takkan boleh sesaper pun mempersoalkannya...takkan ada sesaper yg berhak mempertikaikannya.

Sempena hari bapa tahun ini,ayong minta maaf,abah...kerana tk berkesempatan meluangkan masa kerana kekangan dan halangan yg melintangi masa.Kat mana pun ayong berada,dalam situasi apa sekalipun ayong lalui,ayong sayang abah sangat2 dan tak pernah sebeso hama pun jasa2 abah membesarkan ayong akan ayong lupakan...ia sentiasa ada dalam hati dan hidup ayong sampai bila2.

Semoga abah kuat semangat untuk meneruskan hari2 abah dan gembirakan hati abah demi kesihatan abah.Ayong sayang abah...abah lah HERO ayong sampai ayong mati.






1 comment:

  1. dh rope YB melawat kawasan dh aku tgk abah ko dlm gambo ni sitah...heheheheehhe...

    ReplyDelete