Thursday, February 24, 2011

SARDIN MASAK KICAP

Dulu aku tak suka makan sardin...hingga lah satu hari yg lapo tu..aku n beberapa kawan lagi dijemput ke rumah Kapten Rahel...masa tu memang tgh lapo...kami dijamu byk lauk n antara nya sardin masak kicap...dgn nasik panas yg berasap-asap...aku pon menyenduk nasik n sedikit sardin tu ku letak dlm pinggan...bila dah ghaser perghhhhhh wa cakap lu....mantappppp!!!!sejak dari itu....sardin masak kicap telah menjadi pojaan ati ku...

SARDIN MASAK KICAP

Bahan2

1 tin sardin
bawang putih
cili api
kentang
asam keping
kicap manis

cara2 memasak

panaskan minyak dalam kuali
tumis bawang putih dan cili api
masukkan kentang..goreng spi empuk
masukkan sardin
masukkan kicap manis secukup rasa
masukkan asam keping
masak hingga naik minyak

sila lah cuba..sedap dan cepat...

Wednesday, February 23, 2011

MAKARONI GORENG MASHI

BAHAN2

MAKARONI
BAWANG PUTIH
BAWANG BESO
CILI KERING (DI BLENDER)
UDANG
SOTONG
ISI AYAM
BROKOLI
CAULIFLOWER
CENDAWAN BUTTON
CARROT
KICAP MANIS
SOS TIRAM
SOS CILI
MINYAK UTK MENUMIS

CARA2 MEMASAK

1. REBUS MAKARONI SAMPAI EMPUK (DAH MASAK TOSKAN N LETAK TEPI DULU)
2. PANASKAN MINYAK DAN MASUKKAN BAWANG PUTIH YG DIKETUK SERTA BAWANG MERAH YG DIPOTONG EMPAT.
3. MASUKKAN CILI KERING YG TELAH DI BLENDER
4. MASUKKAN UDANG, SOTONG, ISI AYAM, DAN SEMUA SAYURAN
5.MASUKKAN KICAP MANIS, SOS TIRAM SOS CILI SECUKUP RASA DI LIDAH ANDA.
6. MASAK HINGGA NAIK MINYAK (KANG TAK MASAK BETUL...SAKIT PERUT)
7. LEPAS TU...MASUKKAN MAKARONI DAN GAUL RATA
8. PECAHKAN TELUR DAN GAUL RATA LAGI
9. KALAU SUKA TOMATO BOLEH MASUKKAN JUGA...NO HAL.
10. SIAP DIHIDANG DAN BOLEH LAH DITABUR ATASNYA DENGAN DAUN SUP.

Aku hadir dalam hidup kalian...

Aku hadir dalam kehidupan kalian
dengan hati ikhlas tanpa ada sedikit pun sangkaan buruk mahupun niat jahat
Aku hadir dalam kehidupan kalian
dengan harapan yang besar agar kita semua saling melengkapi dan membahagiakan
Aku hadir dalam kehidupan kalian
kerana aku pasti antara kita semua akan menghargai hidup ini
lantaran kita semua pernah kehilangan sesuatu yang kita sayangi.
Tidak pernah sedikit pun terlintas di fikiran aku
memporak perandakan rutin kalian
jauh sekali menjarakkan rantaian kasih kalian.

Terkadang aku buntu dan terkilan
kaliankah yg tidak mampu membuang masa lampau kalian
dan menyalahkan aku atas bobrokkan hidup kalian
Aku yang mulanya keikhlasan
makin pudar warna itu tatkala kalian merobek dan melukakan hati aku
yang juga pernah atau mungkin lagi parah
menempuhi duri2 hidupku masa lalu
tapi tidak aku menyalahkan waima sehama pun
parut2 yang memburukkan zahir hati aku
tetap aku teruskan langkah kerana nyawa aku masih bersatu dengan jasad
yang masih sihat
lantaran anugerah ku yang satu mesti ku lunaskan kebertanggujawabanku

Kesekian kalinya aku peringatkan
aku hadir dalam hidup kalian
kerana rezqi-Nya

Berhenti Berharap

malam tadi entah kenapa terdetik beritahu pada chenta hati ku...andai aku pergi dulu...seawal usia aku ini dan buah hati ku si Farhan masih belum boleh berdikari,aku minta tolong suami ku menghantar Farhan ke kg di bawah jagaan mak n abah.aku tak punya harta hanya lah simpanan epf yg tak sebanyak mana dan kupinta suami ku menyerahkan semua simpanan tu pada sesiapa yg bertanggungjawab menjaga Farhan...

dan andai suami ku yg pergi dulu...aku telah minta izin mak menumpang di rumah mak kerana rumah yg diduduki sekarang adalah harta sepencarian suami dgn aruah wifenya dan telah menamakan anak perempuan mereka sebagai penama...pada mulanya aku sedih kerana...aku ingatkan setelah mempunyai suami...andai dia pergi meninggalkan aku dulu ada juga aku tempat berteduh...rupanya...salah kalau kita mengharap sesuatu dari orang...rupanya hak orang...

aku kembali mengimbas kenapa aku berkahwin semula...untuk memberi sebuah kehidupan pada farhan juga diri aku...jadi harapan aku yang mengharapkan sesuatu dari orang adalah SALAH...hidup aku ni memang Dia tentukan kalau nak apa2 memang aku kena carik sendiri...tapi tak apa lah...aku kini memandang semua ini dari pandangan yg lebih luas dan terbuka...

mungkin material untuk aku tiada ditentukan atau dianugerahkan pada aku...tapi secara personalnya im proud of what i had in life...maybe people out there have to gain n pay for what they want in their life...but for me...pembentukan diri aku secara semulajadinya adalah sesuatu yg berharga dan tak ternilai dgn material yg ada.

Wednesday, February 2, 2011

Utusan Malaysia Online - Bapa Rayu Bawa Anak Pulang

Utusan Malaysia Online - Berita Utama - rayuan ni memang meruntun jiwa sesiapa saja yang membaca lantaran itulah suara hati si bapa yang amat mengasihi dan menyayangi anaknya.Bila mana individu itu sendiri atau waris nya mahu menghantar anak atau diri sendiri menuntut ilmu di luar negara demi menggenggami segulung atau bergulun2 skrol sila lah persiapkan diri terutama dari segi mentalnya.Tatkala berada di negara orang bermacam perkara atau musibah boleh berlaku.tak dinafikan musibah juga boleh berlaku di tempat kita sendiri tetapi dari segi mentalnya hati juga perasaan bisa melalui musibah itu dengan adanya orang2 yang kita sayang di sisi kita.Berlainan dengan kehidupan kita di luar negara...kemungkinan lemahnya mental kita mengatasi musibah dan dugaan sentiasa ada sementelah hanya kenalan yang dikhuatiri kejujuran dan keikhlasan mereka terhadap kita.

Merayu kerajaan membawa pulang untuk kembali ke tanahair bukan satu tugas mudah dan begitu sahaja boleh dibawa pulang dan keluar dari negara berantakan tersebut.Maka rasanya andai nak merantau ke tempat orang kuatkanlah ilmu di dada mantapkanlah mental dan jiwa.Bak kata pepatah kalau takut dilanda ombak jgn berumah di tepi pantai...merumah lah di tanah rata atau di mana yang diri sendiri rasa selamat dan tenang.

Sikap

SIKAP....bukan ikan siakap...bukan kokap...bukan pengakap...tapi SIKAP.Pernah sekali itu, rakan sekursus yang memang cemerlang dari awal mula kursus hinggalah ke akhir nya yang menjangkakan dan dijangkakan akan memenangi hadiah penuntut terbaik...tercurut gilirannya ke nombor satu dari belakang hanya kerana markah sikapnya NIL.

Itulah impak SIKAP semasa berkursus...juga semasa kita menelusuri hari-hari kita.Tanpa sikap yang boleh diterima manusia sekeliling, kita mungkin jauh ketinggalan dan mungkin juga terpinggir ke hulu pun tidak ke hilir pun tak nampak!!Baik atau buruk SIKAP itu nyata subjektif pada pandangan individu sama ada menghadapi atau menilai SIKAP.Tetapi...asas kepada sikap yang baik adalah lebih kurang sama dengan apa juga bangsa dan agama dalam dunia ini.Sikap yang baik lebih menjurus ke arah nilai-nilai hidup yang baik dan positif dan sinonim dengan pembuahan kejayaan dan kegemilangan.

Pembentukan sikap secara asasnya memang dari asal usul juga akar kita.Ibu bapa dan orang sekeliling yang mendekati sememangnya membentuk sikap kita.Mungkin sedari kecil sikap kita dibayangi ibu bapa tapi makin akal diberi Tuhan makin boleh digunakan sikap mungkin merubah diri mengikut apa yang kita rasa kita hendak  bersikap.

Peri pentingnya SIKAP boleh dilihat daripada jatuh bangun diri kita..sosialisasi kita dengan sekeliling dan apa sahaja yang membentuk diri kita...

[MTV] Hafiz - Awan Nano