Wednesday, February 2, 2011

Sikap

SIKAP....bukan ikan siakap...bukan kokap...bukan pengakap...tapi SIKAP.Pernah sekali itu, rakan sekursus yang memang cemerlang dari awal mula kursus hinggalah ke akhir nya yang menjangkakan dan dijangkakan akan memenangi hadiah penuntut terbaik...tercurut gilirannya ke nombor satu dari belakang hanya kerana markah sikapnya NIL.

Itulah impak SIKAP semasa berkursus...juga semasa kita menelusuri hari-hari kita.Tanpa sikap yang boleh diterima manusia sekeliling, kita mungkin jauh ketinggalan dan mungkin juga terpinggir ke hulu pun tidak ke hilir pun tak nampak!!Baik atau buruk SIKAP itu nyata subjektif pada pandangan individu sama ada menghadapi atau menilai SIKAP.Tetapi...asas kepada sikap yang baik adalah lebih kurang sama dengan apa juga bangsa dan agama dalam dunia ini.Sikap yang baik lebih menjurus ke arah nilai-nilai hidup yang baik dan positif dan sinonim dengan pembuahan kejayaan dan kegemilangan.

Pembentukan sikap secara asasnya memang dari asal usul juga akar kita.Ibu bapa dan orang sekeliling yang mendekati sememangnya membentuk sikap kita.Mungkin sedari kecil sikap kita dibayangi ibu bapa tapi makin akal diberi Tuhan makin boleh digunakan sikap mungkin merubah diri mengikut apa yang kita rasa kita hendak  bersikap.

Peri pentingnya SIKAP boleh dilihat daripada jatuh bangun diri kita..sosialisasi kita dengan sekeliling dan apa sahaja yang membentuk diri kita...

No comments:

Post a Comment