Wednesday, February 23, 2011

Berhenti Berharap

malam tadi entah kenapa terdetik beritahu pada chenta hati ku...andai aku pergi dulu...seawal usia aku ini dan buah hati ku si Farhan masih belum boleh berdikari,aku minta tolong suami ku menghantar Farhan ke kg di bawah jagaan mak n abah.aku tak punya harta hanya lah simpanan epf yg tak sebanyak mana dan kupinta suami ku menyerahkan semua simpanan tu pada sesiapa yg bertanggungjawab menjaga Farhan...

dan andai suami ku yg pergi dulu...aku telah minta izin mak menumpang di rumah mak kerana rumah yg diduduki sekarang adalah harta sepencarian suami dgn aruah wifenya dan telah menamakan anak perempuan mereka sebagai penama...pada mulanya aku sedih kerana...aku ingatkan setelah mempunyai suami...andai dia pergi meninggalkan aku dulu ada juga aku tempat berteduh...rupanya...salah kalau kita mengharap sesuatu dari orang...rupanya hak orang...

aku kembali mengimbas kenapa aku berkahwin semula...untuk memberi sebuah kehidupan pada farhan juga diri aku...jadi harapan aku yang mengharapkan sesuatu dari orang adalah SALAH...hidup aku ni memang Dia tentukan kalau nak apa2 memang aku kena carik sendiri...tapi tak apa lah...aku kini memandang semua ini dari pandangan yg lebih luas dan terbuka...

mungkin material untuk aku tiada ditentukan atau dianugerahkan pada aku...tapi secara personalnya im proud of what i had in life...maybe people out there have to gain n pay for what they want in their life...but for me...pembentukan diri aku secara semulajadinya adalah sesuatu yg berharga dan tak ternilai dgn material yg ada.

No comments:

Post a Comment