Friday, January 28, 2011

Mariah Carey - Hero (2009 Version)

MIDDLE OF THE ROAD - SOLEY SOLEY 1971

memoirs seorang bodoh sepat 1


JULY BABY

by Masitah Arsat on Wednesday, December 1, 2010 at 11:11am
Fun to be with. Secretive. Difficult to fathom and to be understood. Quiet unless excited or tensed. Takes pride in oneself. Has reputation. Easily consoled. Honest. Concerned about people's feelings. Tactful. Friendly. Approachable. Emotional temperamental and unpredictable. Moody and easily hurt. Witty and sparkly. spazzy at times.ot revengeful. Forgiving but never forgets. dislikes nonsensical and unnecessary things. Guides others physically and mentally. Sensitive and forms impressions carefully. Caring and loving... Treats others equally. Strong sense of sympathy. Wary and sharp.. Judges people through observations. Hardworking. No difficulties in studying. Loves to be alone. Always broods about the past and the old friends. Waits for friends. Never looks for friends. Not aggressive unless provoked. Loves to be loved. Easily hurt but takes long to recover.

Nyanyian dari hatinya...

Petang semalam...buah ati aku yg ensem lagi kenit...Daniel Farhan nyanyi lagu nih kat aku... "Ibu...ibu....engkaulah ratu hatiku....bila...bla...bla..." ntah amender la bait butir nya menyanyi dalam nada pelat wakakakakakakkakakaka.tapi...suara pelat itu mampu menghiburkan aku..mampu menyejukkan jiwa yang panas....mampu membuat bibir cebik ku ini tersenyum....

Apa yang penting perasaan nya sampai kepada aku...meski dgn butiran yang entah apa2...sambil menyanyi sambil tangannya mengusap dagu dan dahi aku....sentuhan ikhlas nya memang membuatkan aku sebak dan bahagia melalui hari2 aku dengannya.

Ada mengatakan cara aku mendidiknya akan merosakkannya.Ada mengatakan aku garang melampau.Ada juga mengatakan aku melampau melayannya.Apa juga dikata orang aku terima tapi aku percaya pada apa aku buat.Waima aku mengakui bukan pendidik yang sempurna tetapi aku melakukan yang terbaik untuknya terkadang di luar kemampuan aku.Yang mengatakan aku bisa merosakkannya hanya tahu mengatakan... katakan lah apa saja...kerana aku redha akan masa depan andai masih dipanjangkan umurku nanti melihat buah ati ku nan satu ini mendewasai dirinya.

Aku percaya pada kasih sayang yang aku beri...kesilapan yang dia lakukan akan aku tegur dengan cara yang menasabah.Kredit aku berikan padanya andai kebaikan yang dilakukan.Aku tidak punya wang ringgit membukit untuk menunaikan tiap permintaan dan keinginannya tapi aku beri jawapan yang aku percaya dia boleh terima dan memikirkannya.Aku tau diri dan jiwanya kerana darah  aku mengalir dalam dirinya...aku yang menjaganya....

Aku akan pasti melepaskan dirinya satu hari nanti untuk dia menjadi lelaki sejati.Lelaki yang menjadi idaman malaya wakakakakakkaka....Jujurnya memang tiada harta yang dapat aku tinggalkan untuknya kerana itu lah hanya didikan aku juga ilmu yang dipelajari dalam hidupnya nanti lah yang menjadi hartanya untuk digunakan dalam menjalani hari2 nya.

Semoga kasih sayang aku membentuk hidupnya menjadi manusia yang dihormati dan disayangi.

Tuesday, January 11, 2011

PERGADUHAN POSITIF

PERGADUHAN POSITIF

by Masitah Arsat on Sunday, December 5, 2010 at 12:49am
Pernahkah anda melihat pergaduhan suami isteri ini daripada sudut yang positif? Sebenarnya, pergaduhan akan menyebabkan terbentuknya satu penyatuan pelbagai perkara termasuklah cita rasa dan impian pasangan itu. Bagi mencapai tujuan inilah kita sering bertelingkah dengan pasangan untuk mencapai sesuatu yang terbaik. Tidaklah saya maksudkan pergaduhan adalah baik, namun hal ini adalah lebih baik daripada kita berdiam dan tidak berbincang sehingga akhirnya tidak ada penyatuan antara suami dan isteri.
Justeru, pergaduhan menjadi medium kepada pasangan dalam menyatukan kasih sayang. Setiap individu akan melahirkan perasaan tidak puas hati dan sebagainya. Maka, di sini adalah tempat untuk mencurahkan perasaan. Jadi, janganlah memendam perasaan sehingga jiwa kita menjadi tertekan ibarat belon yang akan pecah akibat ditiup dengan angin yang kuat. Jika tidak diluahkan, pasangan anda tidak mungkin akan tahu perkara yang ada dalam hati anda.
Di sini, saya akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:
1. Jangan terlampau banyak bercakap – Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.
2. Jangan menyebut kelemahan pasangan – Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.
3. Jangan membalas perbuatannya – Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.
4. Jangan cuba mengubah pasangan – Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, isteri anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.
5. Fokus pada masalah – Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.
6. Jangan tinggikan suara – Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.
7. Gunakan panggilan manja – Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.
8. Elakkan terlalu emosional – Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.
9. Gunakan perkataan yang baik-baik – Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"
10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur – Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.
11. Dengar luahan isteri – Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.
12. Jangan bergaduh di depan anak – Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.
13. Bersabar – Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.
14. Say NO to third party – Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.
15. Mengalah tidak bererti kalah – Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.
16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai – Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.
17. Luahkan – Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.
18. Pelukan dan kemaafan – Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.

KALAU INGIN

KALAU INGIN...

by Masitah Arsat on Friday, December 24, 2010 at 9:27am
Kalau ingin dimaafkan, belajarlah untuk memaafkan.
Kalau ingin dihormati, belajarlah untuk menghormati.
Kalau ingin difahami, belajarlah untuk memahami.
Kalau ingin disedari, belajarlah untuk menyedari.
Kalau ingin disayangi, belajarlah untuk menyayangi.
Kalau ingin dikasihi, belajarlah untuk mengasihi.
Kalau ingin diterima, belajarlah untuk menerima.
Kalau ingin dihargai, belajarlah untuk menghargai.
Kalau ingin disenangi, belajarlah untuk menyenangi.
Bukan orang lain yang perlu berubah mengikut kehendak kita tetapi kitalah yang sebenarnya perlu mengubah diri kita.
Memuaskan hati semua orang itu tidak mudah tetapi berubah untuk memuaskan hati semua orang itu tidak mustahil.
Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan. InsyaAllah Dia akan permudahkan.

TIPS CINTA

TIPS CINTA

by Masitah Arsat on Friday, December 24, 2010 at 5:11pm
Tips cinta untuk suami
  • Bersikap baik dan lembut dengan isteri
  • Menjaga kehormatan rumahtangga dan tidak terburu menerima fitnah
  • Jangan sekali - kali memukul isteri dan penuhi keinginannya dengan baik
  • Bersabar terhadap karenah isteri
  • Mengendali nafkah dengan ( tidak bakhil dan boros )
  • Bergurau senda dengan anak dan isteri ( berkasih sayang dan mesra )
  • Membantu tugas - tugas isteri dirumah
  • Jujur dan menepati janji dengan anak dan isteri
  • Bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangga
  • Tidak bermesra dengan wanita lain
  • Menjaga rahsia isteri
  • Tidak merendah - rendahkan isteri di hadapan orang lain
  • Tidak makan hasil kerja isteri
Tips cinta untuk isteri
  • Berterima kasih diatas pemberian suami dan senantiasa mengenang jasanya walaupun kecil .
  • Segera memenuhi permintaan suami
  • Bertindak diatas keizinan suami , jangan sekali kali mengangkat suara
  • Pastikan suami tidak menemui sesuatu yang buruk pada isteri
  • Pastikan suami tidak mencium melainkan bau yang wangi
  • Jaga hartanya dengan sebaik - baik tadbir
  • Jaga maruahnya dengan sebaik - baik taqdir
  • Jangan mengingkari suami dan merahsiakan sesuatu daripadanya
  • Membantu urusan perjuangannya
  • Berkhidmat ikhlas dan aktif untuk ketenangan suami
  • Berlembut apabila dimarahi dan senyum apabila digembirakan
  • Mengekalkan sifat malu terhadap suami dan bijak menutur kata dihadapannya
  • Menghormati keluarga suami
  • Menjaga rahsia suami
Tips cinta untuk kedua suami isteri
  • Persefahaman
  • Taawun ( bekerjasama )
  • Wujudkan suasana romantis
  • Atasi bebanan kerja
  • Kepuasan seks
  • Elakkan sikap suka mengkritik pasangan
  • Saling percaya mempercayai diantara satu sama lain
  • Menghayati amal Islami
  • Kebijaksanaan mentadbir dan menyelesaikan masaalah rumahtangga

Wednesday, January 5, 2011

Apex KFCM d Keeper

Usai Piala Suzuki AFF...individu yang seorang ini masih menjadi bualan di mana2 sahaja...baik di media...di kalangan tua muda...waima anak2 aku pun pantang terlihat kelibatnya di kaca tv atau suratkhabar, bulat sinar mata mereka menghayati manusia bernama Khairul Fahmi Che Mat ni.

Sebelum ini tiap kali ada soccer event...tak pernah aku ambil 'pot'....terjerit2 lah depa kat depan tv...lansung tak bagi kesan pada aku.Tapi fenomena "apex" nan sorang ni memang macam magnet bila dia mampu membuat kan aku berteleku depan skrin tv almost 2 hour just to focus on his appearence.Ku tinggalkan FB,blog dan semua sekali selama 2 jam tersebut.Manusia ini memang ada daya penarik yang mantap.Aku paling suka the way he hold the ball once dia dapat tangkap bola tu...dipeluknya bola tu erat2 dan jatuhkan diri dengan bola yang selamat dalam dakapannya...I wish my Chenta Hati mendakap aku dalam keadaan tu...wakakakkakakaka karatzzzzzzz plak....jejariruncing blog by buah hati Apex memang the untungsssss lady lah!!!!!....semoga berkekalan elia n apex...

Membaca kosmo hari ini...menambahkan lagi info tentang anak muda ini.Ternyata,tak kira siapa pon, sekiranya kita berusaha dan yakin akan usaha kita juga sentiasa berdoa dan bertawakal...insyaallah hasilnya akan kita tuai.cepat atau lambat itu adalah ketentuan Yang Maha Kuasa....Dia lebih tahu apa yang baik untuk kita.

Harapan aku semoga Apex tak lupa daratan...anggap lah ini satu dugaan tapi enjoy the moment.Sentiasa mantapkan diri dan kekalkan prestasi...kembalikan semula kegemilangan bolasepak Malaysia...memang tak dinafikan...Keeper nan satu inilah yang mengembalikan penggemar bola sepak yang seperti aku ni...yg memang dah lama beno kutinggalkan info2 berkaitan bola sepak yang satu ketika dulu...poster tim bolasepak negara memang tertampal kat dinding bilik aku...hehehheheh....jiwanggggg.

HARIMAU MALAYA...AUMMMMMMM (sila mengaum dengan ganasssssssssssssssssssssss)

Saturday, January 1, 2011

2011.....here i comeeeee......

Alhamdulillah...2010 ku tinggalkan dengan bermacam2 perkara...peristiwa...situasi...dan gelak tawa duka yang sememangnya bercampur2 hingga menjadikannnya karya abstrak yang sukar dimengertikan andai dipindah ke kanvas.Dengan pelbagai warna yang melatari tiap yg berlaku dlm 2010....i cherished the moment....a lot...

Melangkah ke 2011...semoga keindahan dan warna warni ini berkekalan...im the one who run my own life with petunjuk from ALLAH SWT..believes in whatever Allah swt dah dan akan tetapkan...wil never regret...wil be redha at all time after usaha n doa.

Aku mahu hidup dalam cinta dan kasih sayang manusia2 yg penting di sekeliling aku....dan aku percaya cinta dan kasih sayang aku utk mereka akan aku perkukuhkan waima yang sedia ada ini memang terpahat kukuh dan takkan  rapuh...