Wednesday, September 14, 2016

Dia ada.

Tak berapa hari saja lagi,status aku atas borang2 yg akan aku isi selepas ini, akan berubah. Mungkin sampai ujung idup aku.

Ini pengalaman kedua aku. Tuhan bagi aku peluang rasa utk kali keduanya. Hikmah nya hanya Dia Yg Maha Mengetahui.

Memang mulanya bengkek bengang rengsa marah dikhianati dan segala2 yg berbagai2 ad dlm otak aku. Tapi..setelah beberapa minggu berlalu, aku makin sedar, Allah dah susun idup aku ni. Bila aku imbas balik, aku makin paham, Allah sebaik2 Pengurus utk idup aku ni.

Insyaallah, aku boleh teruskan idup dgn bimbingan dan kundungan dari Dia.

Monday, September 12, 2016

Aidiladha 2016

Manusia datang.Manusia pergi.
Itu normaliti idup realiti.

Macam Alza baru beli.
Kita servis on time.Kita concern alatganti.
Maka Kancil otai yg lama berbakti,
terbior mcm lori sampah! Tercampak barang2 terisi.

Pengorbanan pd manusia,selalu terpandang sepi.
Meski yg terbaik dah memberi.
Tetap dema rasa tak pueh2 lagi!
Maka...luka lah hati.
Rabak sampai nampak isi!

Moh didik hati, berkorban penuh jiwa lawan nafsu nafsi.
Moh ajo diri sendiri, berpada2 memberi.

Selamat Hari Raya Haji.

Thursday, September 1, 2016

Opah.

Dingin dahinya saat dicium.
tubuh kecilnya terbujur, dimandikan, dikafankan, disolatkan seterusnya ditalkin dan dikebumikan.

Alhamdulillah,
Diiringi redup suria dan lembut bayu,
Usai azan asar selesai nya.

Terima kasih Opah,
Atas semua kenangan2 indah,
Kala lewat bangun subuh, kami, dimarah.
Kala tak beradab, malas membuat kerja2 rumah,
Kami diajar dididik Opah.
Kala malam nya, kami duduk mengerumuni nya dan dia akan mula bercerita sang Jepun yg paling dibenci.
ya, melihat selipar jepun pun dia hangat hati!

Semoga Opah tenang bersama ditempatkan di keamanan roh2 mereka yg beriman.

Opah Halimah bte Kabut
90 tahun.
Khamis, 1 Sep 2016.


Wednesday, August 31, 2016

Mati rasa.

Hari ni, semua rasa yg ada utk seorg suami, dah mati. Hari ni, aku buang jauh2 kecewa seorang isteri. 6 tahun aku beri hidup aku pd sebuah rumahtangga. Hari ni, warna sebenar seorang suami yg aku kasihi, menampakkan siapa diri nya. 

Mula ada rasa berbaur duka, aku campak rasa itu , aku ganti semangat waja.

Kalian tidak deserve kasih sayang aku! Manusia seperti kalian akan ditinggal berseorangan kesan najis yg kau campak kan pd manusia yg memberi sebuah kasih sayang yg tak berbelah bahagi sebagai seorg isteri.


Kalau dulu aku luka, kali ini rabak hati, koyak kepercayaan, mati kasih isteri pd suami.

Allah sebaik2 pengurus. Aku serah diri aku pd Dia yg lebih mengetahui jalan yg akan ditentukan.