Thursday, September 1, 2016

Opah.

Dingin dahinya saat dicium.
tubuh kecilnya terbujur, dimandikan, dikafankan, disolatkan seterusnya ditalkin dan dikebumikan.

Alhamdulillah,
Diiringi redup suria dan lembut bayu,
Usai azan asar selesai nya.

Terima kasih Opah,
Atas semua kenangan2 indah,
Kala lewat bangun subuh, kami, dimarah.
Kala tak beradab, malas membuat kerja2 rumah,
Kami diajar dididik Opah.
Kala malam nya, kami duduk mengerumuni nya dan dia akan mula bercerita sang Jepun yg paling dibenci.
ya, melihat selipar jepun pun dia hangat hati!

Semoga Opah tenang bersama ditempatkan di keamanan roh2 mereka yg beriman.

Opah Halimah bte Kabut
90 tahun.
Khamis, 1 Sep 2016.


No comments:

Post a Comment