Wednesday, August 24, 2011

Hartamu jangan dimusnahkan, agamamu jangan dihapuskan

 Copy dari http://laman-seri.blogspot.com/2011/08/hartamu-jangan-dimusnahkan-agamamu.html


Jumaat, Ogos 19, 2011

Hartamu jangan dimusnahkan, agamamu jangan dihapuskan




“Beramallah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup kekal abadi dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari.”

Kata-kata ini biasa kita ucapkan dan biasa juga didengari. Maksudnya, kita hendaklah berusaha mencari harta di dunia ini sedaya upaya kita di samping kita juga bersungguh-sungguh mencari akhirat seolah-olah kita akan meninggal dunia esok hari.

Jadi, tidak salah untuk kita mencari harta atau ‘gila harta’, bahkan salah kalau kita tidak mencari harta sehingga jatuh miskin dan meminta-minta daripada manusia. Salah satu maqasid atau daruriyyat al-khams yang disepakati para ulama ialah maqasid memelihara harta. Hifz al-mal atau memelihara harta menjadi satu matlamat syariat yang ingin direalisasikan melalui hukum-hukum yang ada dalam Islam.

Kedudukan dan nilai harta dalam Islam

Harta mempunyai kedudukan yang penting dalam kehidupan manusia. Harta menjadi wasilah dalam Islam untuk mencapai matlamat syariat sama ada matlamat di dunia mahupun di akhirat. Seseorang manusia tidak mungkin hidup kecuali dengan harta kerana melalui harta, ia dapat makan dan minum, memakai pakaian, membina rumah dan memenuhi keperluan-keperluan hidup yang lain. (al-Qaradawi, Maqasid al-Shari‘ah al-Muta‘alliqah bi al-Mal, hlm 5)

Tanpa harta, seseorang tidak mampu mengeluarkan zakat, membebaskan hamba dan memberikan sumbangan khairat. Sebab itulah al-Quran menganggap harta sebagai qiyama (asas pembangunan) bagi kehidupan manusia.

Allah berfirman yang bermaksud, “Ðan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang yang belum sempurna akalnya harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu sebagai asas pembangunan kehidupan kamu.” (Surah an-Nisa’ 4:5)

Al-Quran menjelaskan bahawa harta bukan menjadi bala atau bencana kepada manusia, sebaliknya harta disifatkan sebagai satu kebaikan. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Ðan sesungguhnya ia melampau sangat sayang kebaikan (harta sehingga menjadi tamak haloba).” (Surah al-‘Adiyyat 100:8)

Ayat ini menyifatkan harta sebagai khayr yakni kebaikan. Cuma kita dilarang mencintai harta secara melampaui batas sehingga melupakan akhirat. Sama jugalah seperti firman Allah SWT mafhumnya, “Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara makruf, (ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang bertakwa.” (Surah al-Baqarah 2:180)

Jadi, harta adalah satu kebaikan dan kebaikan perlu dijaga serta dipelihara dalam Islam. 




Wajib memelihara harta

Oleh kerana harta mempunyai kedudukan dan nilai dalam Islam, maka al-Quran dan sunnah memberi tunjuk ajar ke arah memelihara dan menjaga harta. Malah terdapat larangan supaya tidak mensia-siakan harta atau melakukan pembaziran.

Sebagai contoh, dalam fiqah muamalat, Islam mensyariatkan prinsip al-hajr (tegahan daripada menggunakan harta) sama ada ke atas golongan sufaha’ (orang yang belum sempurna akalnya), kanak-kanak kecil atau orang gila. Tujuannya adalah untuk kebaikan mereka, masyarakat bahkan kebaikan harta itu sendiri agar ia tidak disia-siakan oleh pemiliknya.

Syariat menetapkan bahawa orang yang mempunyai kecacatan pada akalnya, mesti ditegah daripada menguruskan hartanya sendiri sama ada gila atau kurang siuman. Hikmahnya adalah supaya harta-harta mereka selamat dan terpelihara daripada tangan-tangan yang cuba mengambilnya dengan batil, penipuan dan penyelewengan. Ia juga bertujuan memelihara harta tersebut daripada menjadi sia-sia akibat ketidak pandaian pengurusan oleh pemiliknya sendiri. (al-Mawsu‘ah al-Fiqhiyyah, jil 2, hlm 5871)

Jika seseorang itu jelas pembazir, suka berjoli dengan hartanya, berbelanja pada maksiat dan kefasiqan, maka hartanya perlu ditahan (al-hajr) supaya hartanya dapat dipelihara untuk kebaikan anak-anak si pemilik yang membazir tersebut dan semua tanggungan di bawahnya.

Ðalam hadis sahih, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah meredhai kamu dengan tiga perkara dan membenci bagi kamu dengan tiga perkara yang lain. Ðia redha kepada kamu supaya mengabdikan diri kepada-Nya, tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun dan supaya kamu semua berpegang teguh dengan tali Allah, jangan berpecah belah. Ðan Ðia membenci (melarang) kamu daripada banyak (qila wa qala) bercerita mengenai hal-hal yang tidak penting, banyak bertanya benda yang tidak perlu dan mensia-siakan harta.” (Muttafaq‘alaih)

Ini semua menunjukkan bahawa Islam mengambil berat soal penjagaan harta manusia.

Awas daripada fitnah harta

Walaupun Islam memberikan kedudukan yang istimewa kepada harta, namun Islam turut memberi amaran daripada termakan dengan fitnah harta ini. Kita dilarang menjadi taghut dalam mencari dan mengaut harta. Kadangkala, manusia hari ini terleka dengan mengejar harta. Tanpa segan-silu mengaut harta di mana-mana sahaja tidak kita halal atau haram. Ketika itu, harta yang tadi disifatkan baik boleh bertukar menjadi pemusnah kepada agama seseorang.

Sebab inilah Allah Taala berfirman yang bermaksud, “Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.” (Surah al-Taghabun 64:15)

Al-Quran menjelaskan bahawa manusia boleh menjadi taghut dengan sebab dia merasakan dirinya menjadi kaya dan cukup sehingga tidak berhajat lagi kepada Tuhannya. Firman Allah SWT, mafhumnya, “Ingatlah, sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya) dengan sebab dia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.” (Surah al-‘Alaq 96:6-7)

Bahaya yang wujud bukan pada memiliki harta, tetapi bahaya itu wujud apabila harta boleh memesongkan manusia daripada agamanya. Apabila seseorang tidak menjadikan keimanannya kepada Allah sebagai maqasid utama, harta yang dicari boleh membawa keburukan kepadanya.

Oleh sebab itu, harta hendaklah dihubungkan dengan keimanan kepada Allah dan dihubungkan dengan nilai akhlak. Jika ada hubungan iman, maka agama seseorang tidak akan dihapuskan oleh hartanya. Begitu juga, sekiranya ada hubungan akhlak, hartanya tidak akan dimusnahkan.

Wallahu a’lam. 



 



# Banyak manfaat artikel ni...ramai sangat manosia gelap mata dek harta sampai ada yg cenderung merampas harta org lain dgn cara terhina...semoga mereka insaf dan memulangkan semula kepada yg berhak...

Tuesday, August 23, 2011

koteow sup poyo n paprik ayam

Cuaca hari ni memang suram dan sejukkkk....hujan seawal dari aku menghantar ank2 ke sekolah tadi saaaaaampai la skang duk gerimis mengundang lagi....tapi alhamdulillah...sejuk angin memang buat jiwa tenang sikit....selalunya panas terik dan kering...stress rasa nak maghah jer...dah la bebulan poser nih.....hehhehe...

Bukak poser hari ni...ank2 nak makan paprik ayam....yg aku lak nak makan sup...jadi nasi putih n paprik ayam for them n mee/koteow sup utk aku...Ayahnya...apa2 pun bedal....keh keh keh...ayo plak....as usual ler...sunquick orange jer...

just wanna share resipi koteow sup poyo aku....very simple n sedap...aku nama kan poyo sebab aku campak2 jer dlm kuali...hehhe...

KOTEOW SUP POYO

Koteow
telur
minyak masak
sayur (sawi/kobis/cauliflower/brokoli)
daging ayam cincang
chicken/fish ball
bawang putih
sup/stok ayam

Cara memasak

Panaskan sikit minyak dlm kuali
gorengkan koteow dan masukkan telur...lepas tu angkat n letak tepi dulu
panaskan minyak sikit dan tumis bawang putih yg ditumbuk halus
masukkan sup/stok ayam
masukkan daging ayam cincang
masukkan fish ball
masukkan sayur
masukkan perisa(garam.lada sulah) secukup rasa
dah masak kalu.....angkat dan tuang atas koteow tadi
tabur bawang goreng dan daun sup
sedap dimakan dengan sambal kicap

#sambal kicap - cili api n bwg putih digoreng dan di blend dgn kicap manis dan gula merah...

sama ada pakai mee kuning atau koteow...ok jer..ikut sedap sendiri ler...

Paprik ayam plak memang peberet ank2 ku....senang je masak nyer...ni dari resipi adik aku si Anyah...

PAPRIK AYAM

Isi ayam
bawang beso
bawang putih
cili api/merah
chilly paste
kicap manis
sos tiram
kiub ayam
minyak masak
serai

Cara memasak

Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan bawang merah
masukkan cili api/merah
masukkan chilly paste
masukkan ayam
bubuh sos tiram,kicap manis dan kiub ayam sikit
masukkan serai yg diketuk
masukkan sedikit air utk kuah
masak hingga menggelegak
dah masak....angkat ler...

sedap makan dengan nasi panas2....

Selera budak2 kat rumah ni memang sempoi...tapi kengkadang tak kena lak dengan selero aku ni...bila aku masak yg mengikut selera aku kang mula la dema tak mo makan....ceiszzz membazir jer...

Hari ni agak tenang tak macam selalu dan aku harap ketenangan ini akan dipertingkatkan...aminnnn...




Monday, August 22, 2011

Rindu mematuk...batuk kungkung...

He..he...dah beberapa hari tak ku post entry...meluap2 rasa nak mematuk taaaaaapi.....bz campoq letih membuatkan entry tertangguh dipatuk ku....Weekend lalu...aku,sarah,kema n kids balik ke Sitiawan...Sang Chenta Hati kena koje sampai malam....sampai Stewan...Wan pun ada epet pun ada...si Acu jer takder...Anyah jgn cakap la sentiasa ada....ekekkekke....dan Acik ro n Pakcik Aran n Shafiq dtg dari tapah joint us buka poser...n just imagine gila meriah punya berbuka macam kenduri mini...lauk jangan cakap la....konsep cacamarba la jadiknyer...sampai aku tak tau nak makan mana dulu...Tu ler mak aku kalu anak2 nyer balik....memacam dia masak....kalu dulu kami kecik2 pantang mak hidang jer....aaaaaaaaaaaaapa lagi berebut...wakakkak....alhamdulillah....kegembiraan dan moment ini tak ternilai dgn wang ringgit....hepi gila....

Petang ni berbuka rasanya masak nasik goreng je.Buat sedap2 sikit n goreng telor....cukup ler...di samping aku punya batuk kungkung tak baik2 lagi nih sampai sakit2 badan aku....ok je ler berbuka dgn nasi goreng tu...n ayo teh o panas2....kalu lapo lagi dema ni.....aku masak jer burger sempoi...haaa...makan....

Nasi Goreng kungkung

Nasi sejuk
bwg merah,bwg putih,udang kering - blend kan
chilly paste
ikan bilis goreng
daging ayam cincang
kobis potong kecik2
minyak masak utk menumis

Cara masak

Panaskan minyak
masukkan bahan2 dah blend n goreng sampai garing sikit
masukkan chilly paste dan tunggu sampai masak
masuk ayam cincang
masukkan kobis
masukkan nasi dan gaul rata
masukkan garam dan perencah rasa secukup nya
setelah nasi dah rata dan masak pecahkan sebiji  telur n kacau rata pada nasi
last sekali masukkan ikan bilis goreng n gaul rata lagi
angkat dan hidangkan

ahaaa.....kalu pening nak pikio masak lauk apa...goreng ajer ler nasik...senang citer...




1001resepi: sup kue teow goreng

1001resepi: sup kue teow goreng: hidangan yang simple dan mudah di sediakan...goreng dulu kueh teow tu, sekejap je...caranya, panaskan sesudu besar minyak, masukkan kueh te...

1001resepi: no-bake pineapple cheese cake

1001resepi: no-bake pineapple cheese cake: simple yet delicious... memang mudah resepi ni...tak perlu baking dan berpeluh menunggu kek masak... untuk bahagian crustnya...saya guna ...

Thursday, August 18, 2011

Menu buka poser...

Hari ni aku masak kari telor....sambal bilis n tempe...ayo teh o panaih dan mencoci molot dengan caramel pudding ku.....hehhehheh

Kari telor poyo ku jenis campak2 jer...i didnt like curry very much but...sesekali tringin nak makan....aku blasah je ingredient nya dan campak2 jer....



Bahan2 :

Telor 4 biji (direbus)
serbuk kari daging sepeket kecil (dibancuh dengan ayo)
bawang putih 2-3 ulas,sepotong halia dan setengah biji bawang beso - dihiris
chilly paste sikit
air asam jawa secukup rasa
santan ikut kepekatan masing2
carrot,kentang,cili hijau,bendi,tomato dibelah2
gula,garam,perasa secukup rasa
minyak utk tumis

Cara memasak :

Panaskan minyak dan tumis kan bahan yg dihiris.setelah garing,masukkan serbuk kari yg dah dibancuh.
Masukkan chilly paste dan tumis hingga garing.masukkan ayo asam jawa dan sedikit santan.
masukkan sayuran yg dibelah2 tadi.masukkan garam gula dan perasa....haa biar dia menggelegak.

Gitu ler caranya aku memasak kari...sedap ke?Kalau Paan menjilat jari slurrpppp bila cecah dgn roti tu...aku andaikan sedap ler tu....ekekkekekkekke....

Sambal bilis n tempe laaaaaagik senang...panas kan minyak...goreng tempe then bilis sampai garing lepas tu angkat.buang sikit minyak dan goreng bawang beso yg dah dihiris...masukkan chilly paste,gula garam dan perasa....then masukkan tempe n bilis tadi semula.haaaa dah siap...sodap dimakan dengan nasik panas...



Menu buka pose memang beza sikit seleranya dari hari biasa kita,i guess....ye lah...nafsu memang beso nak makan macam2...rupanya bila lauk2 poyo cenggini baaaaaaaaru ada selero...tapi tak buleh gak makan banyak beno...senak peghot komer....makan sikit2...kang ulang lagik....nanti nak solat puuuuuunyer la berat...

Lagi satu bab2 ayo nih...dari day 1 sampai la ni..haa tu dia belasah ais hari2..bila dah batuk terkongkongkong tak hengat dah...mula la baghu nak minum ayo panaih...wakkakakakaka....apa pun bila nengok ayo dlm jag yg dah dibubuh ais tu berpeluhhhh je menitik2 kat luo jag tu kan....perghhhh.....dasattttt oooooo.......



Apa pun waktu berbuka bio ler berpada2...usah diikut beno hati yg bagai2 tu....buruk padahnya peghut komer...Selamat berbuka...


My first time ever....Caramel Puding Kukuih....

I love caramel pudinggg...very much...yet didnt know how to cook it....kalu ada juai kat mana2....aku mesti beli...sebabbbbbb rasa dia yg touchinggg tu....softtttt n sweetttt as me....keh keh keh....mmmm guess what...hari ni untuk pertama kalinya dlm idup (harap2 lepaih ni aku buat lagikkk) dgn konpiden taper nya aku try buat....surf kat web2 yg ad recipe tu n compare which one is the simplest....n...finally get one of them....

Bahan-bahan: 

1 tin evaporated milk
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan gula utk puding
1 cawan gula (utk karamel) + 1/4 cawan air panas

Cara-cara:
1. Panaskan periuk kukus.
2. Dalam mangkuk, kacau gula + 5 biji telur sampai gula hancur. Then masukkan susu + esen vanila.
Ketepikan.
3. Sediakan karamel....hanguskan 1 cwn gula tadi dan bila warnanya dh jadi golden, masukkan air
panas, Kacau sampai rata..then tutup api.
4. Tuangkan karamel ke dalam bekas/mangkuk kukusan.
5. Tapiskan adunan puding ke dalam bekas yg ada karamel tadi.
6. Kukus selama 1/2 jam atau kurang.
7. Bila dh masak, sejukkan dulu puding tu sebelum diterbalikkan ke dalam pinggan utk dihidang. 

harap2 juga jaaaaaaaaaadi la puding peberet aku ni....la ni tgh duk ada dlm peghoyok kukuih kesayangan aku tu....keh keh keh...utk pencoci molot bukak poser nanti....Ya Allahhhh....menjadi la puding aku....aminnnn....

panaskan peghoyok kukuih doluuu...

masak gula sampai golden gitu...

gula dan telor yg dah dipukui then campoq evaporated milk 1 tin n vanilla essence sikit

karamel yg dah dituang dlm loyang...lenser dgn marjerin sikit

pastu tuang adunan telor tadi
Hasil nyaaaaaaaaaaaaaa.....adoyaiiiii.......will be posted next time...keh keh keh...

Ahaaaa.....nih gambos puding ku...yuhuuuuuuuuuuuuuu....

tak lawo sangat....tapi aku kompem ghaser dia memang berbaloiiii wakakakakkaka



Jika isteri menangis dihadapanmu, "Hargailah ia sebelum terlewat."

Jika isteri menangis dihadapanmu, "Hargailah ia sebelum terlewat." 

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya 



  
Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakanSAKIT 
yang dirasakannya keranamu ? 

  
  


Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat.. 
TUTUR 
katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya 
adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya... 
PELUKAN & CIUMANnya 
bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya... 
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN... 
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN 
air matanya bisa membawa PERDAMAIAN. 

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia". 

Cinta Muka Buku Official Video Clip - Najwa Latif


Kiut lagu nih.....

Bila terflashback citer dodulu....lama sebelum wujudnya laman2 sosial maya....banyak ruangan kenalan yang terdapat dalam laman2 majalah....baik majalah hiburan berbentuk ilmiah atau genre lain...Aku juga tak pernah terlepas punyai kisah seperti ini....one of the sweet memories yg aku simpan...

Nasir bin Hj Senin....dia ku kenal melalui laman Kembang Setaman URTV saat diri dibaluti kebosanan tanpa kawan sewaktu awal selepas pentauliahan ku dihantar bertugas ke Labuan.Tanpa kawan membuatkan aku memborong sejumlah majalah yang ada di kedai buku....dan memang bilik aku bagai kedai majalah lama...memang berbagai majalah ada di bilik bujang mess aku....

Ketika itu bulan puasa tahun 1996...ucapan selamat hari raya drpd dia dan rakan2nya nun jauh dari Canada membuatkan aku rasa kesian dan memandangkan kad raya yg aku beli masih berbaki...maka aku dgn tak ada rasa apa terus mengepos kad raya utk nya dan rakan2.....Saaaaaaaaaaaaaaampai la di satu hari yg indah (ceeewahhhhh)....tu dia aku dapat kad raya ber stamp Canada....terkujat ada....konpius pun ada sebab aku memang tau aku takder kawan duk obersea pun....bila aku buka n baca baaaaaaghu la aku ingat balik.....wakakakkakakakka....funny giler......

Dan mula dari detik itu...dari kenalan bertukar berkawan dan fasa seterusnya melibatkan hati dan perasaan.....hanya gambar dan surat saban minggu bertukar....tu dia bil telefon bagai dilambung2.....saat itu memang indah....ha ha ha ha.....sesapa yg mengurat aku,tak aku endah....atas ke'loyal'an lah kononnya..... perghhhhh wakakakakkakakak....those were the days.....poyo jer....yg jadi saksi kepoyoan aku adalah Wahidah Yacob....sahabat baik donia akhirat aku....kan Ida kan.....gila poyo betui aku masa tu...!!!!

Kesudahan drpd cinta poyo itu....setelah dia habis belajar di Canada,mengajak aku kawen dan mengikutnya kembali ke US utk sambung Master nya,saat berjumpa buat kali pertama...ternyata,aku amat sayang pada karier aku yg baru bermula...bukan senang wehhhh aku nak dapat Leftenan Muda atas bahu aku nih...dengan ayo mata dan darah yg dah mengalir...tu diaa...keh keh keh....dan dia juga bagi aku belum bersedia menjadi seorang suami....berpisah secara baik meskipun di hati Tuhan jer tau...maklumlah 2 tahun menyulam rasa...mau tak sulaman2 berwarna warni je yg ada.....gaduh2 tak ada....asyik ketaaaaawa je ....memang dia banyak menceriakan hari2 aku satu ketika dulu....sesungguhnya Allah jua yg tau knp jodoh tidak bersama aku dan dia...Kali akhir ku tahu perkembangannya....dengan 3 cahayamata dan dia kawen dulu dari aku rupanya... alhamdulillah....seperti yg dia cita2 kan....gelaran IR sudah pun ada di depan namanya kini....di mana pun dia berada....semoga dimurahkan rezqi nya selalu dan diberi kegembiraan dan dirahmati Allah swt selalu....

Kasih Sang Ibu Tiri...

Hari ini hati terluka lagi...tapi siapa peduli.....kan?Entry ibu tiri pernah aku post ke blog di awal perkahwinan ku dgn Sang Chenta Hati setahun yg lalu...hari ini...terpanggil kembali mematuk entry tentang ini sekali lagi....mungkin akan datang.....ada lagi.....harapnya sesuatu yang positif pula.....

Aku kengkadang wish jugak....jadi si ibu tiri yang seperti digambarkan drama2 kat TV tu....torture anak tiri....depan laki baik dgn ank tiri...blakang laki tuuuuuuu dia....."jangan makan...pergi cari kayu api...." wakakakkakkakakkka......why i wish that to be....haaaa....because.....they thought i'm like that....so since people sangka i cenggitu....kan baguih i buat betui2....hhhmmmm....ni la rasa yg aku rasa bila iman aku lemah sangat menghadapi karenah si anak yg satu ini juga cakap2 manusia.Tapi,siapa lah aku nak menutup sangkaan org....lebih2 lagi melihatkan airmuka si anak yg amat kasihan....dibandingkan dgn muka aku yg memang gggrrrrr....ekekkekkekeke.....aku memang garang dan amat tegas lebih2 lagi bila bercakap soal sikap dan pelajaran.Sebagai manusia yg dah ada pengalaman menjadi ibu,biar anak aku masih belum sunat lagi...momen hamil,melahirkan,membesarkan....hanya aku yg faham dan juga yg dah mengalaminya saja yg akan faham......

Sepanjang setahun bergelar mama kepadanya....Tuhan menduga aku dengan karenah dan sikap yg  tak terduga dek akal aku.....aku tertanya juga....kenapa lah...aku ?kenapa tidak wanita hebat lain yang menghadapinya? Aku ini tidak hebat....aku ini manusia yg punya baaaaaaaanyak kekurangan....pertama kali true color nya keluar....aku buntu!!!!Allah...!Dugaan apa kah lagi ini.....?Bukan aku seorang yg terpaksa menghadap ini semua tetapi juga ....Paan....Ternyata Paan dan aku memang manosia terpilih.....itu lah kata2 motivasi dan menenang kan jiwa yg serabut ini....

Pernah dia bercerita kepada kaum keluarga nya di kampung....aku ini mama baru nya yg jahat....selalu memukul dan memarahi dia....dan ayahnya tak sayang lagi kepada dia....ceiiisszzz patut la...mereka memandang aku dgn one kind of pandangan yg mengkonpiuskan aku saat aku mengunjungi mereka sebelum puasa lalu....tatkala ditanya kaum keluarganya,aku dgn selamba tanpa menyorok menegsakan memang aku garang dan tegas terutama bab2 pelajaran dan sikap kerana dia makin meningkat dewasa...lebih2 lagi fizikal nya memang telah mendahului ketinggian aku pun....maka dia memang wajar diajar dengan berbagai perkara demi menyediakan dia untuk menghadapi hidup ini yang memang mencabar di masa depan.Andai kata mereka dan sesapa saja la...misunderstanding dengan apa saja yang aku buat....tak apa lah.....what can i do,then.....Jujurnya....aku terkilan bila difitnah begitu....kan baguih kalau aku memukul nya betul2....sayangnya ...  aku memang tak pukul dia pun!!!!Wonder why,and eleven years old girl,will come out with that untrue story like that....apa la motif nya yek....dlm hati terkata juga....kecik2 dah pandai buat fitnah....pada org yg memberi makan dan kasih sayang pulak tu....sedih nya...Tuhan jer tau...

Semalam, dia buat perangai tak makan....bila ayahnya balik kerja diberitahu ayahnya dia belum makan tatkala ditanya ayahnya dah makan ke belum....hhhmmm....apa lagi hangin la aku....aku cakap terus terang....panggil dia and ask her why she dun want to eat...did i ask her not to eat....????Why she wanna do that,anyway....? Aku dah jangka sikap dan auta nya....aku ni kan investigator....tapi aku diam kan ajer sebab aku nak tengok sejauh mana auta keling dia...dan aku dah jangka.ayahnya ingat aku tak bagi dia makan....apa lagi....memang aku emo gila la...aku bab2 makan ngan bab2 duit...jangan nak mengungkit...mana mungkin aku tak bg dia makan...tengok badan dia....ada kurus kering....????ada tinggal tulang.....?sebab aku masak sedap n dia makan no limit la...badan dia naik mencanak2 macam tu....sampai dah tak berolahraga la tahun ni dibuatnya dek tak terkawal selera makan dia tu...aku dengan selamba bgtau dia....dah beso esok jangan sekali2 kau jadi ibu tiri pada sesapa pun....ni la harga diri ko yg org bagi bila ko jadi ibu tiri...Dan aku cakap pada sang Chenta Hati,andai tak percaya aku mendidik anak dara nya...please find another person to take care of her...im tired...dan aku minta dia lebih mengenali anak dara nya....dan mengenali aku juga...aku bukan manusia berpura2...depan baik,belakang sebaliknya...aku tidak punya perangai depan belakang...perangai aku sama jer..kat mana2.

Aku memikul tanggungjawab ini seikhlasnya kerana Allah swt...yg ada sebab musabab nya kenapa aku....dan aku telah redha akan itu....aku memberi kasih sayang seorang ibu juga dengan ikhlas tanpa minta apa2 balasan seorang anak....aku juga melunaskan tanggungjawab sosial sebagai seorang manusia atas latar belakang nya yang menyedihkan......aku tidak minta orang menganggap aku manusia baik....aku tak minta orang menghargai aku....cuma janganlah memfitnah aku dengan sesuatu yg melukakan hati aku...lebih2 lagi kalian yg tak mengenali diri aku...kalian amat tidak berhak menilai aku....sebelum kalian menuding jari kepada aku lihat empat jari kalian di mana dan cerminlah diri kalian dahulu sebelum bercakap tentang orang lain.

Kepada si anak tiri yg merasakan dia itu anak tiri yang bagi aku,tak pernah dari awal2 dulu menyebutnya sebagai anak tiri....mungkin dirinya yg terpengaruh dengan cakap2 orang dan drama di TV, apa saja sangkaan kau,aku tidak peduli kerana selagi kau di bawah tanggungjawab aku,akan aku pastikan kau jadi manusia yg lebih baik...bukan utk sapa2 tapi utk diri kau sendiri...untuk maruah kau sendiri...hidup ini bermaruah,nak.... andaikata kamu terus bersikap begini dan tidak mahu berubah sikap....tak ada sapa yg dapat bantu melainkan diri kamu sendiri....

Kasih ibu sampai bila2....waima kamu anak sendiri...anak tiri...anak angkat....anak .....apa lagik.....kasih seorang ibu ni suci...tak ternilai dengan wang ringgit kalau kamu nak bayo aku.....ajer iyernyer....


Monday, August 15, 2011

mee bandung poyo mashi..

Tetiba peghot minta diisi....apo nak makan yer....kang pukui 5 makan sahuq plak...ahaaa...ado mee dalam fridge...meh kita masak mee bandung...oleh sebab bahan2 nyer ekspress dan instant...aku nama kan mee bandung poyo mashi...

MEE BANDUNG POYO MASHI

Bahan2:

Mee kuning (bersih n celur)
sambal cili KOKOMO (sedap ni...aku jumpa kat Giant jer..)
fish ball
ayam cincang Ramly
gula
air
minyak masak sikit
telur
sos cili
sos tiram

Cara memasak...

panaskan minyak
masukkan fish ball dan ayam cincang
masukkan cili KOKOMO
masukkan air
masukkan sos tiram sikit
sos cili sikit
gula sikit
dan pecah telur dlm kuali tu
masak sampai telur masak
angkat n buh dlm mangkuk
tabur bawang goreng n daun sop
apo laieee....makannnn....perghhh sekejap dah siap...

masak ni ikut citorasa memasing la kan....kalu ghaso nak improvise satu2 masakan tu lagi baguih...itu menunjukkan kekreatipan indibidu tersebut...

dan oleh sobab masalah teknikal mako tak dapek aku meng upload foto mee bandung poyo aku nih....ish...ish...itu la antaro cabaran eh andaikato kito nak merealisasikan apo2 sajo yg kito hajatkan di dunio nih...alahaiiiiiiiiiiiiiii apo ko bondo yg aku meghaban nih....di pepagi buto yg berdentum dentam guruh kek lua tu ha....kang kot tetido...memang poso sekoghat la jawapnyo....keh keh keh...layan kan ajolahhhh...

Tragedi Matematik....

Dah seminggu rupanya aku tak update.....bukan takder idea...banyak sgt sampai tak terpatuk....keh keh keh..
Di telinga ada lite FM...dijari ada keypad Eee PC...di mata ada skrin Eee PC gak....di mulut nyappp nyappp nyappp kurma mariami lagi....sambil hirupan orange berkali2 dilakukan demi membasahkan tekak...ye ler basahkan tekak...dah naik banjir tekak....bukan apa oren sunquick ni memang sedap ditekak ku...hehe...

Sang Chenta Hati selamat mendengkurkan diri...begitu juga ank2...entah mimpi entah apa agaknya ada dlm lena masing2...mmmmm Tragedi Matematik...its well known kan...raaaaaamai yg tak suka maths but raaaamai yg luv maths as well....anak dara aku sowang tu nak kabo ler kan...kalu buat maths revision mesti berakhir dgn tangisan...wakakkaka tu yg aku dok kata Tragedi Matematik...hampir tiap hari....sikit pun tak ada kena pukui ka apa ka...atau buleh kata sentuhan fizikal yg menyakitkan singgah di body dia yg tinggi dari aku tu taaapi dia punya nangis....astaghafirullahalazimmmm memang menyirap gila ayah dia yg santai dok tgk Chong Wei lawan Lin Dan tadi...

hanya kerana satu soalan yang aaaaaaaaaaamat mudah....dia mampu membuatkan org lain yg mendengar dia menangis igt kan dia kena dera dgn aku....sebab aku la tuition ticer depa...hehehhe...aku memang garang tapi kalau ko betui aku kredit ko dgn well done...taaaapi kalu MALAS pikio tu yg buat aku hangin....just imagine dia buleh kata dia tak tau padahal smalam aku dah bg dia cara nak dpt jwpn....takder ler effort lansung nak bukak balik revision smalam ke...bukak reference kat buku teks ke...kat notes ke...yg dia tau aku bgtau dia cara nak selesaikan maths problem tu n dia tukang kira....kalu dia dpt jwpn betuiii dia punya la suka..bila dia dpt jwpn salah....haaa start merengek bagai mcm kucing sakit...adoyaiiiiii....tumbuh bulu bagai2 kat telinga aku nih....dah tentu2 aku paling allergic dgr manusia merengek2 nih...dan bila ayah dia yg memang dah masak dgn prangai dia yg manjang buat perangai semata2 nak escape dari habiskan revision maths tu aper lagikkk.... daripada tenang pastu berkocak sikit suasana lama2 jadi tsunami....tu yg aku kata tragedi matematik tu...

She thinks that when she cries...me or ayah will said to her..."dah...dah...tutup buku..."...tu dia dah sejam berlalu tapi baghu siap 3 soalan...camaner nak siap 10 soalan kalu 30 min jer tekan pensil...20 min lagi dok erase ntah amender ntah sampai penuh atas meja habuk eraser...wakakakakkaka...memang marah dah tahap idung tapi bila pikio balik lawak pun ada....wakakakakkakakakakakka......anak...anak...

Yes...im just her stepmother...but since i married to her father...tak secubit aku anggap as my stepdoter... since she was my doter that's why i'll getting mad when she tried to be funny pd keadaan dan sekeliling.Kalau tak dianggap anak...so what with your school and your life,rite?As a doter to me,she's my responsibilities in whatever circumstances.She may thinks that im hard to her...stern as well....but everything i've done,just for her own good...she maybe wil not goin to understand it now....hopefully she wil realise it in future.She's growing...physically...perghhh...she's just like 17 years old....but mentally....she had to work hard, no matter what...Itu memang sesuatu yg mencabar dan tercabar buat aku....

So,everytime she needs to revise her Maths...wakakkakka kengkadang ada traumatic kat aku....and i'll not going to stop...to find the solution....so that this tragedy wil not goin to be last for a long time of period in her life and my life as well....frankly...im tired of it...wakakkakakakkaka....kakak...kakak....

Monday, August 8, 2011

Wajah2 kesayangan hamba....

Nak kata aku tido siang tadi...tak pulak....nak kata aku makan jamu kuat....jauh sekali...wakakakkaa...tapi yg pasti memang aku dah tak boleh tido sekarang kerana dikhuatiri...semua tak bersahoq la jawapnya...jadi, sambil mengunyah kurma mariami yg beli kat kompleks PKNS Bangi tadi....aku pun...mematuk la...

Melihat satu persatu....wajah2 kesayangan aku lena dibuai mimpi ke....entah indah entah menakutkan....ya lah...kadang berkerut...kadang senyum2 taper....terutama si Paan...keh...keh...keh.....si kakak laaaaaaaaaagi la lena.....mungkin tengah hanyut dengaq lagu Lena AF9....hehehhehe...

Si ayah yg keletihan...ya lah penat cari rezqi hari2...sekali weekend qada tidoq tuuuuuu dia.... tak hengat... wakakkakakakka.Sesekali berkeruk2....ada nyamuk la gigit tu....tiba2 dia terbangun daaa...."uiitt sayang...ngigau ke...." dijawabnya..."tak la...nak berak..." wakakkaka buleh lak terjaga tgh best tido nak berak...ceisszzzz....but....that's my chenta hati,anyway....hehhehe...as long as he's happy with what he's doing....im ok with that...

Si ensem kenit aku nih....dah seminggu tido dekat aku sebab semput tak ilang2 tengah2 malam....kejap2 bercakap2...amender la yg ko mimpi kan tu nak oiii.....dah 3 hari dah dia pose penuh... alhamdulillah... kesabaran dan kekuatan semangat dia nak habiskan puasa even semput batuk2...tu yg buat aku tak tahan tu....syabasssss bebeh....Ketenangan wajahnya ketika tidur,memang buat aku syahdu... kadang sebak...dah makin beso ank nyantan aku sowang nih....dah ad secret admirer lagik kat skolah...kah..kah..kah.Bila saja2 usik dia kata kan dia kecik lagi...kawan kelas je la ma.....ok in that matter...im ok with it.jgn nak membongakkkk.....

Ha....anak dara sowang nih...alhamdulillah...makin hari dah makin buleh adapt banyak benda yg dah diajar...even masih sering kali juga sengal2 taper nyer kluar....aku pun apa lagikkkk....sengal2 singa aprika la...huhuhuhu....but deep inside aku hanya mahu dia menjadi manusia yg lebih baik dan boleh handle diri dia sendirik...tak terlintas lansung nak mendera jauh sekali merosakkan nya...sepertimana yg disalahtafsir oleh mereka2 itu...Sesungguhnya,siapa lah aku mahu membersihkan mulut2 longkang manusia...hehhehe...apa yg aku mampua buat adalah meneruskan usaha aku dan yakin dgn apa yg aku buat.Kesabaran dan kewarasan aku memang selalu teruji oleh sikap nya....tapi hanya pd Allah swt lah aku merawat luka2 ini supaya jiwa aku lebih kental menghadapi sikapnya hari2...aku terima semua ni sebagai stu ujian lagi...Aku percaya sengal2 singa aprika aku ni la yg akn mengubah sengal2 taper dia nanti...wakakakakkaakka.

Aku....aku masih mengunyah kurma mariami...waaaa dah tgl berapa bijik jer yg tgl nih...kena beli lagi esok nih....dan mmmmm semug vico panas....makin menyegarkan aku utk menunggu sampai jam 4 pagi nanti....n what's for sahoq????hmmmm...nasi goweng sempoiii pecah2 cili api....n aym popcorn tomyam....ayo...teh o je la.....hehehheh....bukan senang jd manager nih....MANAGER OF THE HOUSE...perghhh bukan calang2 org boleh duk kat jawatan nih....hanya org2 mantap mcm aku je buleh...wkakakakakka bulehhhhhh la sangattt....anyway.....aku percaya...pada ketentuan Dia....Maha Mengetahui segalanya yg baik dan yg tak baik utk aku....makanya.....bak kata lagu Tom...aku redhaaaaaaaaaa.....(lagu peberet si aan....geli ank tekak aku tiap kali dia nyanyi...wkakakakakakkaka)....Sebelum diambil nyawa...aku mohon padaNya semoga aku diberi pluang membesarkan ank2 dgn sihat dan baik...sempurna tu tak mungkin...kerana dlm hidup ni memang takder yg sempurna selagi namanya MANUSIA.Insyaallah.....

Potonng2...kerat2....ish...ish...

Minggu ni boleh kata hari2 keluar berita pembunuhan ngeri yg potong2 kerat2 la....samun dalam rumah sendiri...dah la menyamun,siap bunuh plak tu...ceiiisszzzzzzzzzzzzz....memang jiwa gila rosak punya dah nih.Dah makin ramai manusia yang dah tak ada lagi peri kemanusiaan....dah makin ramai yg terdesak hingga mendesak diri sendiri berkelakuan di luar kewarasan akal.Tak kira bangsa apa sekalipun tak kira agama apapun...kalau dah jiwa tunggang langgang...meghapu meghaban...dah tak tau nak beza mana baik mana buruk...matlamat telah menghalalkan cara lah kononnya!Lupakan soal rasis atau keagamaan yg tengan panas sekarang ni....kalau rasa nak dibunuh....dikerat 12....dicincang2....dah tak dipedulinya apapun....yang penting dia rasa itulah tindakan yg dia kena ambil,maka itulah yg dibuatnya. Kadang2 memang tak masuk dek akal bila membacanya di suratkhabar atau menonton berita.

Rumah yg berjeriji besi dan punya alarm canggih masih belum boleh menjamin keselamatan diri sendiri di rumah sendiri sekarang ini.Maka...bila bercakap soal keselamatan...ia bukan satu perkara remeh...ia tak ada kompromi.Sebelum tidur...sepenat mana sekalipun,periksa lah dulu keadaan rumah...pastikan lah keadaan penghuni rumah berada dalam keadaan bersedia seandainya ada kecemasan berlaku...bukan panik bila keadaan telah berlaku.Ahli keluarga mesti diajar cara2 menangani situasi cemas dan berbahaya...apa mungkon ada kod rahsia sesama ahli keluarga...pastikan situasi kecemasan dibuat raptai dan latihan di rumah...ia mungkin kedengaran kelakar tapi....tak mustahil dipraktikkan.Anak2 diajar tidur dengan bilik berkunci terutama yg perempuan.Banyak lagi tindakan yg boleh dipraktiskan bila membabitkan soal keselamatan.Ia sememangnya bukan tugas penguatkuasa semata2....sebenarnya,secara tak rasmi kita sendiri menguatkuasa keselamatan ke atas diri sendiri dan keluarga. dan sebagai seorang Muslim,memohon pada Allah SWT supaya sentiasa dilindungi dari segala mara bahaya dan kemungkinan2 yg tidak baik.

Semoga kita semua mengambil iktibar daripada berita2 ngeri yg saban hari seperti makin menjadi2.

Thursday, August 4, 2011

Dong baek shiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....

Dan berakhirlah drama Korea peberet aku tadi....The Accidental Couple dah jadik Real Couple.....hulaaaaa Doeng-baek shiii n Jisu shiiiii.....

Betoi kata Gu Dong Baek....dalam dunia ni tak ada perkara yg teruk mana pun...kita kena senyum dalam apa situasi sekali pun sebab dengan senyuman lah datangnya kekuatan.Perghhhhh....sejak aku tgk drama ni dr episod 1...memang mencanak2 moral aku...describing this drama....memang ada jiwa....bila mana...tak perlu dipaksa2 utk ketawa...jauh sekali mengalirkan airmata sama ada dek kelakar gila dgn kesengalan Dong baek mahupun kesedihan dan kekuatan Jisu menghadapi setiap situasi yg dtg menerpa diri dia.Aku bet memang takder de drama mcm ni kat Malaysia ni lagi....meskipun bergantung pada subtitle omputih je utk memahami bahsa Korea depa tapi dengan ekspresi muka dan gerak badan depa mampu buat kita ketawa berdekah2 dan terdiam sebak. Aku tak la fanatik Korean Drama ka...K pop ka...apa ka...tapin aku layan sumer citer tak kira bahasa...tapi drama ni memang bagi kesan pada aku sementelah aku ni haaaaaaaaaari2 stress...ekekeke.

HHHmmmm...even drama ni dah berakhir,moral dan semangat yg aku dpt melaluinya akan aku adapt sampai bila2 kerana ada rasional dan relevannya....

Dong baek shiiiiiiiiiiiiiiiiii....yehhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!