Tuesday, June 21, 2011

PERKAHWINAN...PERSEPSI....HERO...KITA BAKO...KITA BAKO...

Erti sebuah perkahwinan kepada seseorang adalah subjektif dan berbeza2. Berbeza kehendak, keperluan, pengertian,perlaksanaan mahupun pengisiannya.Paling ketara berbeza benar pengertian dan pengisiannya pada seorang lelaki dan pada seorang wanita.

Sewaktu kunjungan ziarah aku ke Batu Pahat di sebelah keluarga arwah isteri suamiku,aku dipesan (tak pasti disindir atau diberi amaran) supaya jgn usik barang2 arwah isteri suami ku.Mulanya tersentak sebab kedatangan aku ke sana adalah kerana menghormati ajakan suami yg meminta menemani.Tapi selepas itu...setelah dalam masa yg singkat aku mampu bertenang...aku bersyukur dengan keputusan yg telah aku ambil sebelum ini. Aku bersyukur kerana aku tak usik barang sapa2 dan paling lega aku telah sempat bercerita pada biras suamiku siapa aku.aku tak minta org kenal aku.aku tak minta org paham aku...memadai aku dah bagitau sapa aku.judgement orang terhadap aku,aku tak peduli sebab aku tak ada kuasa menidakkan malah menyekat segala macam andaian,sangkaan dan jangkauan org pd aku.

Aku dikatakan telah menikahi suami aku sebelum arwah isterinya meninggal...huhhh...beso betui fitnah tu...Tuhan je la ngampun dosa kome...desakan dan sangkaan buruk keluarga sebelah arwah telah memberantakan hari2 aku kembali bergelar isteri semula disamping true color Mawaddah yg sebenarnya telah mengkelabu kan pelangi hidup aku.Aku mengambil keputusan mencari penempatan sendiri dan aku telah dikata nusyuz oleh beberapa org dan dikata mereka aku ini tidak taat kerana keluar rumah...apa pun org kata,aku bersyukur aku telah lakukan satu tindakan yg terbaik...aku lega dan yakin memberitahu keluarga arwah betapa aku tak usik brg org hingga kan aku tidak tinggal di rumah mereka.Waima, perbelanjaan aku sendiri aku cari sendiri...mana yg diberi suami,aku mensyukuri.

Aku kembali bersetuju berumahtangga kerana ingin berkeluarga.Tak perlu org lain memahami tujuan aku kerana aku yg akan lalui keadaan itu.mungkin aku kelihatan tidak berilmu agama setinggi sekolah kome tapi asas hidup sebagai seorang muslim yg diajar mak bapak aku juga melalui semua yg pernah aku lalui guide hidup aku selama ini.Demi memenuhi keinginan Farhan, aku teruskan hari2 aku dan yakin Allah swt tau kenapa diberinya aku dugaan yg entah kebarapa kali ini.

Fitrah manusia berpasang2an tidak bererti kita tak mampu hidup berseorangan dan mendepani fitrah sebagai manusia,dan personally,aku wanita hanya lah mahu seorang lelaki yg menjd hero kepada aku dan sentiasa menyedari aku ini wujud dalam hidupnya.Sementelah hidup berpasangan menuntut kita mengasihi dan menyayangi serta mencintai antara satu sama lain disamping menghalalkan sentuhan dan persetubuhan lelaki dan wanita.Andai mahu hidup sendiri2 apa perlunya sebuah perkahwinan?Memang tidak ada satu perkara pun dalam donia ini yg sempurna hanyalah persefahaman dan kasih sayang memungkinkan manusia bahagia and enjoying life as much as we wish.

Mencemburui kawan2 yg bahagia menjalani hari2 sebagai isteri...menukar persepsi aku kepada bersama merasa bahagia atas kebahagiaan mereka dan itu buat aku tenang...semoga mereka menghargai semua yg mereka lalui dan banyak momen manis yg boleh membuatkan mereka tersenyum di hari depan mereka nanti...
Aku juga tak jemu berdoa dan berharap agar aku juga punyai rezqi indah seperti mereka...dan setakat ini hero dalam hidup aku masih ABAH aku kerana belum ada lelaki yg mampu mengambil alih tempat ABAH sebagai hero aku.

No comments:

Post a Comment