Wednesday, June 29, 2011

Surat untuk Kaseh

Salam anak ku...

Seandainya kau telah memahami dan hidup ini dimengerti olehmu....tak pernah ada sekelumit malah sehama rasa dalam jiwa raga mama untuk merampas ayah mu...Allah swt yg Maha mengetahui niat mama dan ayah bersatu berkahwin mengikat ikatan yang sah meneruskan hari2 kami berdua bersama kamu dan Farhan.

Seumur hidup mama,mama akui belum pernah mama berjumpa kanak2 seusia mu yg telah mempunyai ciri2 cemburu melampau dan iri hati yg boleh merosakkan diri mu sendiri satu hari nanti...disamping bongkak yg menyala2 berada dalam diri kamu.Mama mengkaji latar blakang kamu....dan meskipun telah entah berapa kali...cinta mama dan ayah yg disatukan kerana kasih sayang ini berantakan kerana kamu...mama masih di sisi kamu...masih belum jemu menasihati kamu...masih belum habis usaha mendidik kamu...masih yakin bahawa kamu masih boleh transform menjadi manusia yg lebih baik.Kerana itu lah suka atau tidak benci atau tidak...kamu masih akan melihat wajah mama ini.

Andai kamu menyedari...kamu lah yg dilebihkan dalam segala apa yg ada hingga mama terlupa pada Farhan...hingga mama terabai melayani Farhan...tapi mama masih belum menyesal meski mama dah tersedar...kamu dan Farhan adalah anak mama...meski kamu tidak keluar dari perut mama...itu tidak memmbuat mama membezakan kamu dan Farhan...jika kamu buat salah...mama akan marah dan tegur...andai kamu berbuat baik...mana mungkin dimarah orang,nak?Mama takkan kedekut menghamburkan pujian dan kata2 semangat buat kamu..

Mama akui bukan mudah mama menangkis pandangan sinis dan kata2 hinaan org terhadap mama setelah mama menikahi ayah....tapi atas niat yg ikhlas dan atas dasar tanggungjawab....mama terhadap ayah dan kamu, mama sentiasa anggap ayah dan kamu adalah rezqi utk mama n farhan...seandainya kamu memahami dan menghayati semua ini,nak...mama percaya kita sekeluarga akan lebih menyayangi dan menghargai akan kewujudan masing2.

mama sentiasa optimis kamu boleh berubah menjadi insan yang lebih baik dan cemerlang pd masa akn dtg...tapi itu semua tetap akan bergantung pada diri kamu sendiri...kalau kamu mahu berubah menjadi lebih baik maka kamu akan jadi baik....begitulah sebaliknya....

Ayah kamu adalah suami mama....dan kamu adalah anak ayah...tak ada yg akan mengubah itu.

No comments:

Post a Comment