Thursday, April 28, 2011

Kompleks....nak soping ker???

Pagi ini, usai kuhantar farhan ke sekolah, aku berselisih dengan kemalangan antara motorsikal dan van.Nahhhh... terbaring di tepi laluan kanan seorang lelaki mengerang kesakitan....hhhmmmm dalam hidup ini siapa yg sangka apa akan jadi pada hidup kita kan..?walau sehebat mana kertas cadangan atau kertas kerja waima carta perkembangan hidup sekalipun,sebagai seorang hamba Allah swt...siapa yang mampu menolak ketentuan Dia? tak ada yang mampu...sesungguhnya hanya Dia yang menentukan.

Meskipun banyak perkara yang mungkin menginsafkan seketika manusia....kesilapan dan kecelaruan tetap berulang kerana sifat dan sikap sendiri yang memang manusia ini punyai kelemahan dan kekurangan tersendiri.Lantas,itu bukan alasan untuk membuat sebuah atau beberapa buah atau berbuah2 kesilapan!!!!

Kompleks hidup ini hanya wajar didiami sekiranya kau...aku...dia...kamu...dan semua...menerima kekurangan dan kelemahan...menghargai kelebihan dan kekuatan antara satu sama lain.

No comments:

Post a Comment