Monday, May 13, 2013

Tenang datang bertandang...`

Entah kenapa...kali ini aku tak resah lagi.Tak resah macam selalu kalau situasi begini berlaku.Entah kenapa jiwa aku tenang walau sedikit terusik.Alhamdulillah...inikah redha agak nya.Berapa lama ia akan berlarutan belum dapat terpasti...adakah sekejap atau ambil masa yg agak lewat utk dibaiki atau tak boleh lagi dibaikpulih seperti sediakala.

Dari mula dulu seawal2 dulu aku sudah terluka...parutnya masih ada.Memaafkan sudah tentu kerana aku mendidik jiwa untuk tidak menyimpan dendam pada sesiapa.Sementelah Nabi pun ampunkan umatnya.Siapa aku untuk tidak memaafkan sespesies aku kan.....melupakan juga selalu kerana aku train diri aku untuk menerima kesilapan yg dilakukan oleh org lain kerana aku juga sebagai manusia yg punya banyak kelemahan dan kekurangan diri terpeleot juga tersilap sana sini dan semestinya chances amat aku perlukan untuk memulakan semula sesuatu perkara itu.Maka nya...aku senantiasa cuba dan cuba melihat kesilapan yg dah berlaku dgn mengaudit diri aku sendiri dari cenderung menuding jari kepada org lain.Aku juga memastikan dari semasa ke semasa mengisi ilmu di dada membaiki compang camping diri sendiri supaya situasi menjadi lebih bahagia dan sempurna.Mungkin kesempurnaan itu terlalu jauh untuk aku kecapi...ya lah...masih baru lagi...tapi aku positif dan optimis dari semasa ke semasa peratus mencari kesempurnaan akan berdikit2 naik graf nya biar mengambil tempoh yg lama.Malang nya...terkapai berenang sendiri utk aku yg kokap berenang ni memang acapkali kembung tertelan air....jika tak dibantu mau nya tenggelam terus...biar selagi boleh aku tetap cuba untuk expert berenang.

Tapi kali ini...aku seolah2 sedang bersedia...bersedia menghadapi apa saja kemungkinan yg bakal berlaku. Ku mohon semoga apa saja yg ditentukan oleh Nya dipermudahkan dan aku akan go with the flow kerana aku percaya itulah yg telah ditentukan.

No comments:

Post a Comment