Thursday, February 9, 2012

Lepas Pergi...

Aku tiba-tiba sedar.Mungkin juga dah lama sedar tapi buat2 tak sedar...hehhehe....Dalam hidup ni banyak benda dan perkara wajib aku lepaskan pergi.Lagipun mati yang memang pasti itu menidakkan kita membawa benda dan perkara tersebut kecuali yang dituntut mengiringi kita ke rumah kekal kita nanti. Makin lama aku rasa sesak di sebabkan perkara2 yang jadi arkib dalam otak dan hati aku.Kononnya, sayang amat untuk kulepaskan pergi...Membuang pergi mungkin kasar benar bunyinya....hhhmmm 'melepas pergi'..more suitable n sedap sikit dengor.

Banyak kenangan terutamanya yang MESTI aku lepaskan dalam hidup aku demi memiliki sebuah ketenangan dalam hidup yang sementara ini.Sementelah...harta benda aku tak punya, maka entah apa yang nak aku lepaskan...tapi dari segi kenangan,perasaan dan perkara....ada la list tu...keh keh keh 'list' yek...macam panjang bebenor....

Ada sesuatu yang mesti aku lepaskan perlahan2 dan ada juga yang wajib ku lepas kan serta merta!Yup...aku tak pasti kuatkah semangat aku...kuatkah mental aku melepaskan semuanya....kalau dah jadi semacam batu karang melekat...boleh kata macam khazanah lah...huhuhuhu...

Daniel Farhan....mesti ku lepaskan perlahan2 demi menyediakan dirinya menjadi lelaki sejati dan soleh. biarpun dia membesar dalam keadaan aku dan babahnya terpisah...itu bukan alasan untuk dia menjadi seorang yang soleh dalam hidup ini.Maka,sekuat mana pun perasaan aku ingin membelai dan memanjakan dia selayak yang dia patut dapat....tekad aku mesti kuat melebihi perasaan melankolia aku ni.Insyaallah..Tuhan mengerti.

Sahabat dan rakan2...yang tersenarai di FB atau di dalam hati....kenangan bersama banyak yang berlari2 depan mata aku.Yang indah,bisa saja buat aku tersenyum...yang nakal dan sinis, tersengih sendiri aku teringat kan.Yang pahit buat aku sebak dan airmata mantap aku ni termengalir juga. Mana2 yg meng add aku tapi tak pernah bertanya kabar jauh sekali membalas 'hi' yg ku sapa, aku tak mau nama aku menyesakkan friend list mereka.juga tak mahu jadi friend collection dalam jumlah friend kalian yang mencecah beribuan itu.Kadang2 aku pun tak pasti,keterujaan aku kembali berhubungan biar hanya di  ruang maya ini mungkin sinikal saja sambutannya bagi mereka.Mungkin juga mereka hanya ingin tahu perkembangan terkini aku (yang sememangnya biasa2 saja bagi aku).FB yang aku miliki memang privasi.Aku guna medium itu untuk berhubung dengan sahabat2 yang ada.Dengan komitmen hidup dan mengejar rutin yang tak sudah2...keterbatasan ruang dan waktu di ambil kesempatan di FB.Menunjuk2 tentang hidup tidak ada dalam agenda aku untuk ber FB.Maka kalian yang terhormat harus ku lepaskan pergi kerana kepergian aku tidak menjadi kudis buatmu juga mungkin tak disedari pun.

Sahabat yang sentiasa di hati...aku mahu lepaskan kau pergi. Biar berat hati aku ni...tapi asma yang aku tanggung tak mahu aku tambah dengan kenangan2 kita.Sesak dan sebak membuatkan aku tak betah menyimpannya lagi.

Sebagaimana nyawa aku sendiri akan pergi dari jasad yang membaluti,aku mahu kesempatan menenangkan hidup ini.Menikmati semuanya yang aku hargai...insyaallah...tenang nanti aku pergi.

Ada banyak lagi...aku percaya aku mampu lepaskan pergi.....


No comments:

Post a Comment