Monday, March 4, 2013

Darah yg tumpah....



Setakat pagi ni....8 org dah terkorban...innalillah....Tanah air dibasahi darah pahlawan!!!!

Allahuakbar...terusik keamanan negara beberapa hari ni dgn kesah2 pertempuran pasukan keselamatan kita dgn pengganas2 atau dipanggil pencerobohan Tentera Diraja Sulu di Lahad Datu...merebak ke Semporna...dan mungkin akan panjang kan ke daerah2 sekeliling...

Hati terusik...mata susah nak lelap...jiwa bergelora...naper la aku berhenti awai darik service....ya...aku mungkin takkan ke barisan hadapan....tapi kelengkapan....lojistik....pastinya aku antara yg terlibat kalau aku masih service.Itu sudah cukup membuatkan hati aku puas kerana dapat sama2 bantu mempertahankan negara....

Update2 di maya...komentar di laman sosial dan entri di blog2 menjadikan dan melahirkan ramai komentator pengulas2 tak bertauliah...ad juga yg secara tak sengaja dah jadi pencacai bahasa bilamana taipan2 komen menjurus mencaci cerca...mengutuk memperlekeh mempropa ...hantu raya betuiii!!!!Ingat nyawa yg terkorban tu haper????dapat royalti???dpt bonus???bagik la berjuta bagai...seorang bapa takkan kembali mengisi hari2 indah bersama anak lelaki nya yg masih kecil...seorang suami takkan ada lagik menemani susah senang bersama isteri tercinta...memang kurang ajo sungguh mereka2 yg tergamak memperkatakan semua ni satu sandiwara dan lakonan politik!!!!!Ceiiisszzzzzzzzzzzzzzzzzz!!!

Kalau situasi di sana makin tegar...tentera akan mula masuk....hati makin risau kerana bilamana tubuh,jiwa dan perasaan sudah jadi sebahagian service...once a soldier alwiz a soldier...sementelah kemungkinan besar yg akan melaras senjata...yg akan menjadi barisan hadapan...adalah sahabat2 semasa service dulu...tapi hati kuat dan yakin mereka sudah pastinya mengeluarkan semua kudrat dan jiwa kuat yg ad pd mereka demi mempertahankan negara...

Al Fatihah pada yg gugur....rebah mengalir darah atas bumi bertuah ini....semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan kalian bersama mereka yg soleh dan diredhai.

No comments:

Post a Comment