Monday, May 16, 2011

SATU KETIKA...

Satu ketika…kita pernah ketawa…satu ketika ….kita pernah berduka…oh memori lalu….tersemat di hatiku….buat azimat perjalananku…..
Aku ingin melontarkan pandangan ini jauh-jauh…sayangnya pandangan ku ini tak mampu berlabuh..Aku juga ingin menghempas rasa marah ini supaya pecah berderai diserap pasir pantai terus dibawa ombak ke tengah lautan..Aku ingin sekali menghenyak sebak ini selunyai mungkin supaya senyum mengganti  duka yang bergaris2 menambah usia…
Mala m ini aku gusar..hati ini makin keras.Aku gusar…kasih sayang makin pudar….aku harapkan sebuah sinar,sayangnya tak terpancar dek kelalaian dan keremehan .Entah masih ada masa depan atau harapan agaknya…biar seyakin mana sekalipun….semantap mana sekalipun ….iltizam hancur  terkubur kerana masih kabur lantaran ilmu yang tak subur perasaan bercampur baur menenggelami  sebuah pedoman.
Apa yang mampu aku lakukan?Aku hanya bertepuk sebelah tangan.Aturan langkah makin tak seiringan. Makin jauh ku rasa….makin hambar…entah apa yg berlegar…menegak…melintang …mendatar…dah aku tunggang terbalikkan demi menyesuaikan diri….duduk sama rendah..berdiri sama tinggi….
Jika kasih masih di hati…bangkitlah berdiri…kejari lah yang semakin laju berlari.Kerana yang sedang laju berlari itu takkan mahu lagi menoleh memberi peluang entah untuk keberapa kali.

2 comments: