Monday, October 17, 2011

KAMU...pengorbanan????tanggungjawab????

Entah dah berapa kali dah ribut melanda sebuah hubungan halal yg terbina hampir setengah tahun nih....andai hubungan halal ini adalah sebuah pulau...rasanya memang dah musnah ditenggelami air dek kerap sangat dilanda ribut taufan hujan lebat kilat sabung menyabung banjir lagiiii....wakakkakakakak....amender yg ko menceceh ni Masitah Md Arsattttttttttttttttttttttttttttttt.......

Beberapa hari yg suram ni aku hinggakan tak punya semangat dan upaya nak post entry....sampai aku bawa diri menenangkan hati dan emosi...jiwa yg berserabut lagi kalut....umakkkngaiiiii....dasattttt hehehhehehhehh. Apa yg nak aku coret kat sini hanyalah satu rekod peribadi yg mungkin boleh aku belek2 di hari tua nanti... atau mungkin boleh jadi bahan bukti pada situasi2 yg berkaitan.

Yang pasti...sebagai seorang ibu...hati aku luka dengan attitude kamu yang akan merosakkan diri kamu satu hari nanti andai kamu memilih untuk berterusan bongkak dan sombong.Di usia kamu,bukan ini standard cemburu,iri hati,biadap,kurang hajar yg patut ada dlm diri kamu...makanya setahun setengah ini tak mampu aku switch diri kamu ke arah sesuatu yg lebih baik....segala usaha...daya..tenaga...masa....airmata...rasanya dah kering....dah kering dipulas demi menjaga kamu...menjaga hati kamu...menjaga segala2 nya tentang kamu...mencoret di sini bukan kerana mengeluh jauh sekali tidak dapat menerima hakikat....tapi frust yang amat sangat kerana gagal meneruskan usaha ini...hanya doa yg baik2 saja dari aku sebagai ibu untuk kamu.Meredhai hidup aku ini ber 'anak' kan kamu....membuat aku lebih menghargai manusia yg lebih memerlukan aku....mengasihi aku...

Ingin aku membuatkan kamu mengerti...jelingan kamu terhadap aku amat memedihkan hati...cebikan dan cemikan wajahmu terhadap aku amat meluka parah kan hati yg telah sedia pedih....Allah menjadikan kita manusia ni indah belaka....namun kita manusia ni yg tak pandai jaga keindahan yg Allah beri lantaran kamu memilih untuk menjeling..mencemik...mencebik...aku...seorang ibu yg ikhlas menjaga dan mendidik kamu menjadi manusia yg lebih baik walaupun tak sempurna mana.Semoga Allah buka hati kamu...memberi cahaya menerangi wajah kamu...membersihkan kekotoran hati kamu...menenangkan resah jiwa kamu.... Ketahuilah kamu...bahawa segalanya yg dia atas telah memberi tempias kepada manusia sekeliling kamu lebih2 lagi manusia yg menjaga kamu siang dan malam.

Semoga kamu membesar menjadi manusia yg lebih baik dan dihormati...kerana gusarnya aku bila saban malam risau memikirkan masa depan kamu kerana sikap kamu yg sekarang ini memungkin kan kamu dicela...ditikam belakang...dikhianati satu hari nanti....Aku tidak pernah mahu minta dibalas walau sebesar pasir pantai Bagan Lalang tu....jauh sekali minta diiktiraf oleh sesiapapun....dan apa yg aku lakukan ini jauh sekali dikatakan sebagai pengorbanan....ini adalah sebuah tanggungjawab yang sahihnya mengorbankan jiwa...hati...perasaan...dan hidup aku.Aku masih menjalankan sebuah tanggungjawab dan maka andai aku sudah tidak mampu lagi menggalas nya...aku mohon undur diri dari hidup kamu kerana kamu berhak menentukan apa yg kamu pikir baik untuk kamu....




No comments:

Post a Comment