Monday, September 30, 2013

hepi Besdei,Son.10 tahun yg indah bersama kamu.

Hari ini tika waktu ini 10 tahun yg lalu aku keluar dr OT HUKM dlm keadaan pengsan.Setelah masuk labour room dr pukui 12 mlm.hehhehe kepenatan...tapi alhamdulillah manosia comel yg kluar dari perut dan rahim aku ini tidak melalak menangis mcm baby sebelah menyebelah....alhamdulillah...dia DANIEL FARHAN yg tidak pernah sekelumit memberi masalah kepada aku sepanjang 10 tahun hidup nya di donia ini. Membesar sebagai anak yg baik,alhamdulillah.Hehehhe bilamana degil2 menyapa hari2 tertentu nya terpiat juga telinga nya maka terpisat2 lah dia menahan sakit lantaran dia amat jarang sekali dicubit dipukul.

Bila aku tya semalam mahukah dia majlis harijadi...katanya tak perlu tapi di request goodies utk kwn2 nya. 10 tahun ini kuperhatikan dia membesar menjadi manusia junior yg amat sensitif dan penuh kasih sayang. Besar harapan dan cita2 ku mahu mendidik nya menjadi lelaki bertanggungjawab yg menghormati wanita dan juga hati dan jiwanya penuh kasih sayang.Degil yg diwarisi dari aku juga suka memendam dan prihatin andai aku batuk di tgh mlm dia bangun menyapu dada dgn minyak angin diambil air utk aku minum.Biar dia tak punya adik beradik tapi dia amat penyayang dan kazens dianggap saudara sendiri.

Aku tahu dlm hati nya ad byk persoalan dan perasaan yg dipendam tapi dia kuat semangat biarpun kdg2 stress nya terkeluar juga.Aku suka berbicara dgn dia tentang byk perkara.Aku suka dgr dia bercerita tiap kali ambil dia dr sekolah.Momen ini tidak dpt dibeli dgn wang ringgit maka itu aku tak pernah rasa menyesal berhenti kerja meninggalkan wang ribuan ringgit yg aku dpt tiap bulan.Memang kami berdua susah dr segi material nya...tapi alhamdulillah kasih sayang kami kuat.kasih sayang kami berdua tak ternilai dgn berjuta wang ringgit yg ada dlm donia ni.

Aku tak harap Daniel Farhan tinggi menjulang akademiknya...aku cuma mahu dia jadi manusia sederhana yg tahu asas2 hidup yg bersyukur dgn rezqi Allah swt, yg bertanggungjawab dan kenal halal haram.Yang tak tgl solat,yang bakal jadi suami dan ayah yg baik dan soleh.Aku tak penah harap dia jaga aku di ujung usia aku nanti.Insyaallah selagi ada hayat aku,dia akan aku didik sebaik mungkin.Aku bukan ibu hebat tapi aku tahu usaha aku hebat utk dia.ingat pesan mama,jgn pernah dendam atau benci walau sekelumit pd manosia yg menyusahkan idup kita.

Tq Daniel Farhan kerana bg mama kekuatan utk teruskan idup dan bertanggungjawap terhadap idup ni kerana Allah bg amanah pd mama utk mama beso kan kamu.Tq kerana berada di sisi mama saat mama sedih dan layu mencari arah tuju mama.Tq kerana tegur mama atas silap mama meski ego mama terkadang tak tertepis dek teguran ikhlas dan naif kamu.Tq tak pernah susahkan mama.Tq memahami mama.Tq buat mama senyum lebih banyak waktu yg lain buat mama menangis.Tq atas segalanya.

katanya gambar ni mcm muka tunku abd rahman dlm Tanda Putera ekekkeke....dgn "3pack" dia tu wakakakakkakakkak 

No comments:

Post a Comment