Tuesday, September 6, 2011

SALAM

Bersalam..berjabat tangan...shaking hand....perbuatan yg memerlukan dua individu mengeluarkan tangan ke hadapan dan menggenggam antara satu sama lain utk beberapa ketika...ada yg sekadar menggenggam ada yg sambil menggenggam sambil menghayun (betui ke terminologi aku nih...) utk masa yg lama sikit...hehhehe bagi aku bersalaman ni dah jadi perkara asas dalam hidup tak kira bangsa apa pun, agama apa pun.mungkin ada sedikit perbezaan di sana sini tentang cara bersalam..at least tetap BERSALAMAN....sedari kecil kita dididik mak ayah kita bersalaman dengan org yg lebih tua dari kita tanda kita menghormati individu tersebut.Makin kita meningkat dewasa...kita makin paham keperluan bersalam dan boleh buat keputusan sendiri sama ada perlu bersalaman atau tidak dengan seseorang yg menghulurkan tangan utk bersalam...

Kita bersalam dengan siapa ya...?Kerana apa...?Bersalam dengan mak ayah kita...siap peluk cium kan...bersalam dengan adik beradik kita..mana yg lebih muda mencium tangan yg lebih tua...atau membongkokkan sedikit badan tanda hormat juga memadai...bersalam dengan sahabat yg dah laaaaaaaaaaaaaama tak jumpa...yg selaaaaaaaaaalu jumpa...juga yg baaaaaaaru saja berkenalan mungkin.... bersalam tanda baru terjumpa..terserempak..bersalam tanda berpisah..meninggalkan sesuatu majlis...haaa...tak lupa juga bersalam kerana akad nikah....keh keh keh....

Aku terkinja2 mematuk entry berkenaan bersalam ni bukan apa...kelihatannya budaya (kalau boleh aku katakan "budaya" le...) ni makin berkurangan lebih2 lagi sesama keluarga sendiri.Hhhhmmmm....tak pasti pulak kenapa keadaan tu berlaku...mungkinkah kerana tidak menghormati maka tidak perlu bersalam... mungkinkah obses pada kebersihan sehinggakan bersalaman (bersentuhan tangan gitu..) tidak perlu... hygieneeeeeeeee.... keh keh keh...atau mungkinkah bersalaman itu lebih2 lagi dengan seseorang yg amat rapat dengan kita sudah tidak menjadi satu amalan penting lansung dah.Atau mungkinkah memang tak diajar mak ayah kalian dari kecil??? Banyak andaian boleh dibuat tapi jawapan (boleh gak aku katakan lebih tepat lagik...ALASAN...) tersebut hanya ada pada sang polan yang tak mahu bersalam itu.

Bagi aku bersalaman adalah budaya yg mulia yg telah sedia ada dalam kehidupan kita selagi kita tahu dan faham juga menjaga batas2 syarak dlm agama....tak ada salahnya kita bersalaman...Andai rasa diri tu seorang anak...hulurkanlah salam dahulu pd ayah dan mak.Andai rasa diri tu seorang adik...ringankan lah tangan tu menghulur salam pada abang dan kakak...bukan suruh hulur duit...hulur tangan nak bersalam...!!

Secara peribadi...latar belakang aku terdidik dari keluarga yg diajar bersalam makanya...saat aku melalui situasi bersama manusia yg tak reti bersalam sama ada dia buat2 tak kenal atau memang tak ada niat lansung nak bersalam yg sememangnya dia itu yg patut menghulurkan salam dahulu but refuse to do so....its fine.... dia tak rugi aku juga tak rugi apa2...cuma terkilan dan sedih...sebab.. berkelulusan tinggi bekerja bagus... punya kesenangan material, sayang...nilai2 hemah manusia budaya dan amalan yg patut tak luput dibuang dalam hidup....siapa lah aku nak menasihati...jauh sekali mengubahnya....

Bagi diri aku setiap kali diperlukan bersalam,aku akan bersalaman...kerana ia satu momen yg membahagiakan .....taaaaaaaaaaaapi...untuk individu yg bongkak tak hengat cukuplah sekali itu saja aku menghulurkan salam aku...aku rasa kita kena sedar diri kita siapa dan hulurkan lah salam pada manusia yg kita wajib salam tanda hormat dan kasih sayang kita terutama pada famili kita...juga tak lupa didiklah anak kita bersalaman.Tak ada ruginya......


No comments:

Post a Comment